Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pencemaran Pasir Gudang: Pindah Kilang Jika Perlu – MB Johor

By 4 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

PASIR GUDANG, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengambil berat dan memandang serius kesan daripada dua insiden pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ini.

Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri sudah merangka perancangan jangka panjang untuk menjadikan kawasan Pasir Gudang lebih lestari untuk didiami.

Datuk Dr. Sahruddin Jamal ketika berucap di Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang.

Datuk Dr. Sahruddin Jamal ketika berucap di Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang.

“Jika ada kilang yang perlu dipindahkan, kita akan pindahkan,” ujar beliau semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Tan Chen Choon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Lebih kurang 700 orang telah hadir terdiri daripada wakil dari pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) daerah Pasir Gudang.

Wakil dari pihak sekolah, PIBG dan NGO daerah Pasir Gudang yang hadir ke Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk membina kawasan perindustrian yang baharu bagi mengurangkan kepadatan kilang-kilang industri yang terdapat di Pasir Gudang.

 

Terdahulu, Dr. Sahruddin Jamal turut menyampaikan ucapan di hadapan 700 orang yang hadir pada sesi townhall hari ini yang turut melibatkan wakil dari pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) daerah Pasir Gudang.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal turut meluangkan masa berjumpa dengan wakil penduduk yang berkumpul di luar perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal turut meluangkan masa berjumpa dengan wakil penduduk yang berkumpul di luar perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Beliau turut mendengar taklimat daripada Jabatan Alam Sekitar yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr. Norasikin Mahdan berkaitan tindakan yang telah diambil oleh agensi dan jabatan kerajaan dalam menangani insiden pencemaran udara di Pasir Gudang secara berterusan.

Turut menyampaikan taklimat ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah AB Rahim Lamin, mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

-NI-

Tinggalkan komen anda