
Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Mohd Ariff Ishak (Tampin)
TAMPIN, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Ambang Merdeka 2019 Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas disambut meriah oleh kira-kira 500 pengunjung, di sini semalam.
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr. Hasan Bahrom, ketika merasmikan majlis menyeru supaya seluruh rakyat bersama menjaga sensitiviti agar kemerdekaan negara dapat terus dirasai.
“Besar harapan saya agar keamanan dan kesejahteraan negara yang sudah dicapai selama 62 tahun ini berkekalan selamanya,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ambang Merdeka 2019 DUN Gemas.
Dalam pada itu, majlis juga diseri dengan Ceramah Perdana bertajuk “Mensyukuri Nikmat Merdeka” yang disampaikan oleh Ustazah Asni Abu Mansor bersempena majlis perasmian ini.
Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, pertandingan masakan, persembahan buskers dan persembahan kebudayaan serta persembahan bunga api juga akan diadakan bagi menyambut ambang kemerdekaan.
Turut hadir Penyelaras DUN Gemas, Rosnani Saring, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas, Suriani Salihin.
-AK