Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Pemandu Berpengalaman Penyelamat Kepada Krew Media KMJG Sabah

By 21 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KOTA MARUDU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Mengharungi cuaca panas dan jalan yang beralun serta tidak rata merupakan antara cabaran pemandu konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) untuk hari kedua yang meneruskan perjalanan ke daerah Pitas.

Proses mengganti tayar

Proses mengganti tayar

Nasib tidak menyebelahi kenderaan yang membawa pasukan pertama krew media yang membuat liputan bermula dari Kota Kinabalu hingga ke Lahad Datu apabila mengalami kerosakan tayar pada sebelah hadapan penumpang.

Mujur pemandu yang membawa kenderaan krew media pada kali ini, Aziz Ahmad, 58 mempunyai cukup pengalaman dan pantas mengesan masalah yang dihadapi.

Menurut Aziz, beliau menyedari terasa gegaran yang agak kuat pada stereng kenderaan Preve yang beliau pandu dan dengan pantas beliau memperlahankan kenderaan dan memberi laluan kepada kenderaan konvoi yang lain untuk memotong beliau.

RAWATAN.. Azrul mengalami luka kecil ketika membantu mengeluarkan tayar yang pecah.

RAWATAN.. Azrul mengalami luka kecil ketika membantu mengeluarkan tayar yang pecah.

“Pada masa itu kelajuan kenderaan konvoi adalah pada 100km sejam mengikut ketetapan arahan kenderaan ketua konvoi yang berada di hadapan dan kami pada masa itu sedang mengejar masa untuk sampai ke daerah Pitas.

“Apabila kami sudah melepasi pekan daerah Kota Marudu kira-kira dalam masa 20 minit perjalanan didapati kenderaan kami mengalami masalah tayar.

“Setelah memberhentikan kenderaan dan membuat pemeriksaan didapati tayar tersebut koyak akibat hentakan yang kuat ketika melalui jalan yang beralun.

“Selepas mengenalpasti kerosakan, kami memaklumkan ketua konvoi melalui walkie talkie tentang situasi kami dan memutuskan agar kenderaan yang lain meneruskan perjalanan sementara kami membuat penggantian tayar simpanan sementara.

Aziz memeriksa tayar ganti yang baharu sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Ranau.

Aziz memeriksa tayar ganti yang baharu sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Ranau.

“Mujur krew yang dibawa pada kali ini semuanya mempunyai pengalaman menghadapi masalah kenderaan, jadi kami bekerjasama membantu bagi mempercepatkan proses penukaran tayar ganti kemudian mencari bengkel terdekat untuk penggantian tayar baharu, ” jelas Aziz.

Beliau yang akan berpencen pada penghujung 2021 akan menjadikan ini sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan.

Untuk rekod, pasukan pertama krew Media dianggotai, Penolong Pegawai Penerangan Bahagian Media Siber (BMS) JaPen Sabah, Azrul Azham Azmi; Pemberita, Idris Sani Saberun dan Jurufotografi, Ahmad Sarujin Seting.

ER

Tinggalkan komen anda