Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Miri Meriah

By 21 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Robin Junang / Zamri Mohamad (Kuching)

MIRI, 21  Ogos  (Malaysiaaktif) – Perkarangan Wisma Persekutuan Miri bersuasana meriah semasa majlis  pelancaran sambutan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 peringkat daerah Miri, berjaya menghimpunkan 200 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan agensi-agensi persekutuan.

Majlis tersebut telah dirasmi oleh Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yue Keng dan antara tetamu kehormat lain yang hadir ialah Yang Berhormat  Senator Alan Ling Sie Kiong dan Yang Berhormat Dr Ting Tiong Choon, ADUN N74 Pujut.

Agensi kerajaan yang terlibat  pada pelancaran tersebut antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kastam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, RTM, Bernama, Unit Kawalan Serangga KKM, Bernama dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Ahli Parlimen P219 Miri, Dr Micheal Teo bersama Senator Alan Ling dan ADUN N74 Pujut, Dr. Ting  melakukan simbolik memasang Jalur Gemilang di kenderaan pengguna Jalan Kipas Miri

Ahli Parlimen P219 Miri, Dr Micheal Teo bersama Senator Alan Ling dan ADUN N74 Pujut, Dr. Ting melakukan simbolik memasang Jalur Gemilang di kenderaan pengguna Jalan Kipas Miri

Acara bermula jam 8.00 pagi sebaik tetamu kehormat tiba kemudian disusuli nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Malaysia Bersih.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan  oleh Pegawai Penerangan Daerah Miri, Aba Sam dan diikuti oleh ucapan perasmian Dr Micheal Teo.

Di dalam ucapan perasmian, Dr Micheal Teo menyentuh mengenai BSH, PekaB40  dan  Mysalam yang  sedang  dilaksanakan oleh kerajaan baharu.

“Walaupun setahun memerintah namun banyak perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan baharu bagi kebaikan rakyat. Beberapa dasar baru ini adalah bagi meringankan beban rakyat serta membolehkan mereka mendapat kemudahan yang disediakan,” ujar Dr Micheal Teo.

Sebelum  itu, Pegawai Penerangan Daerah Miri, Aba Sam mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama agensi-agensi lain dalam meraikan sambutan tersebut.

Tetamu-tetamu kehormat dan ketua-ketua jabatan yang hadir menyerikan majlis pelancaran

Tetamu-tetamu kehormat dan ketua-ketua jabatan yang hadir menyerikan majlis pelancaran

“Saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang dihulurkan kepada JaPen Miri dan berharap diteruskan pada masa-masa akan datang. Saya juga berharap agensi-agensi kerajaan dapat mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing agar suasana sambutan meriah pada tahun ini,” tambah beliau lagi.

Simbolik Kempen Kibar Jalur Gemilang Daerah Miri adalah pengagihan Jalur Gemilang oleh Dr Micheal Teo bersama dengan tetamu kehormat lain di Jalan Kipas.

Tinggalkan komen anda