Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hargai Keamanan Negara – Pak Lan

By 21 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Salina Hasan @ Abd Rashid/ Khairul Annuar Zulkernaen (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 21 Ogos (Malaysiaaktif)– “Untung anak-anak sekarang boleh pergi sekolah, jadi belajarlah bersungguh-sungguh, biar ibu ayah bangga”. Begitulah antara pesanan daripada Pak Lan, atau nama sebenarnya Roslan Salleh kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naning, Ahad lalu.

“Pelajar-pelajar perlu bersyukur dengan keamanan yang dikecapi ketika ini. Kita harus ingat betapa susahnya kehidupan orang-orang dahulu ketika zaman penjajahan yang penuh kesengsaraan.IMG-20190821-WA0039

“Pengkelasan kaum (Dasar Pecah dan Perintah) yang dibuat oleh penjajah memberi kesan yang amat mendalam. Kaum Melayu di kampung bercucuk tanam, kaum Cina di lombong bijih timah sebagai buruh kasar dan kaum India bekerja di ladang estet.

“Selepas merdeka, barulah rakyat negara beransur-ansur merubah jalan kehidupan dan ekonomi keluarga. Sekolah-sekolah mula dibina untuk memberi pendidikan kepada anak-anak bangsa,” ujar Pak Lan.

Pak Lan, 62 tahun merupakan bekas pelakon yang berpengalaman dalam sejarah kemerdekaan tanah air. Beliau diundang dalam program Bicara Tokoh sempena Program Merdeka@Komuniti SMK Naning, Alor Gajah, Melaka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah.

Turut hadir ke program berkenaan, Pengetua SMK Naning, Azizan Mustafa.

Pak Lan bersama pelajar Kelab Malaysiaku SMK Naning.

Pak Lan bersama pelajar Kelab Malaysiaku SMK Naning.

-KN

Tinggalkan komen anda