Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemangku Raja Pahang Ziarah Mangsa Ribut

By 15 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Che Nor (Raub)

RAUB, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya sentiasa berjiwa rakyat. Pada musim perayaan Aidiladha ini, baginda lebih mengutamakan rakyat jelata yang ditimpa kesusahan berbanding menyambut perayaan bersama-sama keluarga. Prinsip “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” tersemat rapi di sanubari baginda.WhatsApp Image 2019-08-13 at 18.32.59

Baginda telah berkenan mencemar duli berangkat ke daerah Raub untuk melawat para penduduk yang ditimpa bencana ribut mengakibatkan kerosakan kediaman di tiga tempat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Dong, baru-baru ini.

Taklimat bencana telah disampaikan kepada baginda oleh Pegawai Daerah Raub YH Dato’ Mohamad Shahid Hussain. Antara mangsa ribut yang terlibat ialah Mohd Ferdaus bin Mohd Yaakob dari Kampung Peruas, Ulu Dong, Mustafa bin Muhamad dari Kampung Pamah Rawas dan Salinah binti Adam dari  Kampung Ulu Gali. Ujar beliau, kejadian ribut pada 10 Ogos 2019 lalu telah mengakibatkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah dan sebahagian strukturnya.

Katanya lagi, “apabila menerima panggilan dari 999, anggota penyelamat beserta kelengkapan serta agensi yang berkaitan dari Raub telah bergegas ke lokasi kejadian bagi tindakan selanjutnya.”WhatsApp Image 2019-08-13 at 18.33.34

Perkara tersebut dikongsi bersama oleh seorang penduduk Kampung Peruas, Dong, Raub, Norine binti Ab Rahman, 51 tahun yang berkata, “kedengaran deruan angin dari celahan bukit yang kuat dan tiba–tiba telah mengangkat sebahagian atap rumah Ferdaus dengan sekelip mata sahaja. Alhamdulillah, mujur semuanya selamat.”

Pemangku Raja Pahang telah melawat kesemua mangsa kejadian serta menyampaikan bantuan sebelum berangkat meninggalkan daerah Raub. Baginda juga sempat singgah minum petang bersama sebahagian petugas dan pegawai agensi sempena sambutan Aidiladha.

Tinggalkan komen anda