Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Berkongsi Semangat Kemerdekaan dalam KMJG19

By 14 Ogos 2019Ogos 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/ Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 14 Ogos  (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka  Jalur Gemilang (KMJG) 2019 yang diketuai oleh Suwadi Guliling telah selamat sampai ke Negeri Terengganu dan disambut meriah oleh warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Dungun serta komuniti setempat.

Konvoi KMJG yang bermula di Melaka pada 5 Ogos 2019 yang lalu telah memasuki hari ketujuh penjelajahan di mana daerah Dungun merupakan destinasi kedua persinggahan setelah sambutan diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kemaman.

Kemeriahan sambutan oleh warga Sekolah, Persatuan Ibu Bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa Dungun serta komuniti setempat

Kemeriahan sambutan oleh warga SJK(C) Kwang Hwa serta komuniti setempat

Program KMJG diadakan bagi meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara selari dengan usaha memupuk semangat patriotsime rakyat melalui pengibaran Jalur Gemilang.

Pelbagai pengisian menarik sepanjang program ini antaranya penyampaian Jalur Gemilang kepada agensi, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan bola keranjang bersama komuniti kawasan rukun tetangga daerah Dungun, persembahan kebudayaan (Sambutan gendang cina & yoyo cina).

Komuniti KRT Dungun bersemangat dalam menyertai Pertandingan Balingan Bola Keranjang yang dianjurkan

Komuniti KRT Dungun bersemangat dalam menyertai Pertandingan Balingan Bola Keranjang yang dianjurkan

Persembahan Kebudayaan, Tarian Yoyo Cina oleh pelajar SKJC Kwang Hwa Dungun

Persembahan Kebudayaan, Tarian Yoyo Cina oleh pelajar SKJC Kwang Hwa Dungun

Turut sama hadir pada program hari ini ialah Pengarah Penerangan Terengganu, Azahar Ismail dan wakil Pegawai Daerah Dungun iaitu Yulandi Che Mohd.

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad  Baharuddin Shah. Beliau dalam ucapannya menzahirkan rasa kagum dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat Daerah ini khususnya daripada masyarakat Tiong hua yang mencerminkan kekuatan perpaduan, penyatuan hati dan kebersamaan dalam memaju kemakmuran Negara yang kita cintai.

Sehubungan itu juga, beliau turut menyeru untuk menolak sebarang bentuk tindak-tanduk yang boleh menggangu ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ianya tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia jelas bertentangan prinsip hidup dalam sebuah negara berdemokrasi.

“Tanggungjawab menyemarakkan semangat cintakan negara bukan sahaja dipikul oleh kerajaan semata-mata, malahan ianya perlu gandingan semua pihak”

“Justeru kempen kibar Jalur Gemilang yang ditelah dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Jabatan Penerangan Malaysia perlu terus dipergiatkan dan peranan masyarakat juga penting dalam menyambut baik dan turut sama menyertai usaha ini” katanya mengakhiri ucapan.

-II-

Tinggalkan komen anda