Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pastikan Jalur Gemilang Yang Lusuh Diganti Segera – SUP Sabah

By 15 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Marusin Minuddin & Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi menggelorakan semangat Sambutan Bulan Kebangsaan, Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) , Datuk Samsuni Mohd Nor menyeru kepada semua ketua-ketua jabatan dan anggota perkhidmatan awam persekutuan untuk mempastikan agar semua Jalur Gemilang yang telah lusuh dan koyak digantikan dengan kadar segera.

Samsuni menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Datuk Ruji Ubi.

Samsuni menyampaikan Jalur Gemilang kepada Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Datuk Ruji Ubi.

Jelas beliau, Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab semua anggota perkhidmatan awam untuk memastikan keadaan fizikalnya sempurna dan memelihara, menghormati serta mengibarkannya setiap masa.

β€œIni adalah salah satu cara mudah bagi kita (penjawat awam) untuk memanifestasikan rasa penghargaan terhadap nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati selama ini, ” katanya.

Samsuni merakamkan gambar kenangan bersama-sama ahli KMJG dan anggota perkhidmatan awam yang hadir.

Samsuni merakamkan gambar kenangan bersama-sama ahli KMJG dan anggota perkhidmatan awam yang hadir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 400 orang anggota perkhidmatan awam daripada 32 jabatan dan agensi persekutuan sempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) di Dataran KPKPS, pada Khamis.

Tambah Samsuni, program itu diadakan sebagai tanda sokongan, komitmen dan kerjasama daripada semua agensi kerajaan persekutuan terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 9 Ogos yang lalu di Padang Daerah Ranau.

Kenderaan Konvoi KMJG ketika singgah di perkarangan Hospital Queen Elizabeth.

Kenderaan Konvoi KMJG ketika singgah di perkarangan Hospital Queen Elizabeth.

Pada majlis yang sama beliau turut membuat pelepasan kepada 15 buah kenderaan Jabatan Penerangan Sabah dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) yang menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat negeri Sabah.

KMJG ini akan melalui sejauh 1500 kilometer dengan lebih 40 hentian yang diisi dengan pelbagai program bagi mengimarahkan Sambutan Bulan Kebangsaan.

Ketua Konvoi KMJG, Marklin Brunei (empat dari kiri) menyerahkan Jalur Gemilang sambil melaungkan Merdeka bersama-sama Azman Poji (tujuh dari kiri) dan kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Ketua Konvoi KMJG, Marklin Brunei (empat dari kiri) menyerahkan Jalur Gemilang sambil melaungkan Merdeka bersama-sama Azman Poji (tujuh dari kiri) dan kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Pada program kali ini KMJG turut singgah ke dua buah hospital utama di sini dan menyerahkan Jalur Gemilang kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Azman Poji dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Queen Elizabeth 1, Jasnawati Jasmin.

ER

Tinggalkan komen anda