Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pentingnya Menghayati dan Mempertahan Sebuah Kemerdekaan

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kita sebagai rakyat Negara ini, tidak kira bangsa harus menzahirkan dan membuktikan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini”.

Demikian kata Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Beliau juga mengingatkan bahawa seluruh rakyat Malaysia harus beringat dan menghargai sejarah kemerdekaan Negara.

“Tidak boleh dinafikan lagi kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah berkat jasa, bakti dan pengorbanan para perajurit serta anggota keselamatan tanah air yang telah berkorban bagi menjamin rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman sentosa,” ujarnya.

WhatsApp Image 2019-08-23 at 13.04.13

Pegawai Daerah Kuala Pilah mengetuai Acara Berbasikal.

Syahrul juga menyeru agar generasi muda mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh Negara dan tidak terlalu selesa akan kesenangan yang mereka nikmati hari ini.

“Generasi muda pada hari ini harus sedar akan segala pengorbanan yang dilakukan untuk negara mengecapi sehingga ke tahap kini dan semangat patriotisme dan jati diri perlu ada dalam diri kita semua,” tambahnya.

Dalam pada itu, seramai 170 orang dan 33 kenderaan kenderaan rasmi pelbagai agensi telah menyertai konvoi KMJG Peringkat Daerah Kuala Pilah yang bermula di Perkarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana Nasir, Seri Menanti baru-baru ini.

Turut diadakan Program Kayuhan Malaysiaku 2019 yang terdiri dari 50 buah basikal tua mengelilingi pekan Kuala Pilah sebagai simbolik mengimbau kembali sejarah kenderaan yang digunakan oleh orang dahulu.

-AK

Tinggalkan komen anda