Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

KMJG Jelajah Seluruh Jempol

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noorezrin Mahmod (JEMPOL) / Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

JEMPOL, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Dengan mesej untuk menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) telah menjelajah ke Daerah Jempol.

Dengan penglibatan sebanyak 32 buah kenderaan daripada pelbagai agensi, konvoi telah merentas ke seluruh DUN dalam daerah ini

Mohd. [email protected] Amran selaku Ketua Konvoi berkata, penglibatan agensi kerajaan dan juga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah ini membuktikan komitmen dan sokongan yang cukup baik daripada semua pihak demi menyemarakkan semangat patriotism dalam menyambut Hari Kebangsaan.

WhatsApp Image 2019-08-23 at 15.06.18

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan turut serta berkonvoi motosikal kuasa tinggi.

“Saya mengharapkan agar mesej yang ingin disampaikan dalam konvoi ini akan dapat difahami oleh semua pihak dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Muhammad Firdaus Marzuni salah seorang peserta konvoi daripada Kolej Komuniti Jempol melahirkan rasa teruja beliau kerana diberi kesempatan untuk turut terlibat dalam konvoi.

“Saya begitu bersemangat dan teruja untuk sama-sama berkempen mengibarkan Jalur Gemilang ini, walaupun menempuh perjalanan yang jauh ditambah lagi dengan cuaca yang panas dan hujan, ianya sangat berharga dan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan,” katanya.

WhatsApp Image 2019-08-23 at 15.06.26

YDP Majlis Perbandaran Jempol membuat pelepasan.

Konvoi anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jempol ini telah dilepaskan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin bermula dari Dataran Majlis Perbandaran Jempol.

Apa yang lebih menarik lagi konvoi ini turut disertai oleh 28 buah motosikal pelbagai jenis yang dianggotai sendiri oleh Penyelaras DUN Palong, Datuk Abd Rahman Jaafar bersama-sama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza dan juga Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol,  DSP Mohd Hafiz Mohd Nor.

-AK

Tinggalkan komen anda