Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomePutrajaya

Program Keagamaan Sayangi Malaysiaku Sempena Bulan Kebangsaan

By 1 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya) 

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Zikir Asmaul Husna dan Doa Sayangi Malaysiaku sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2019 akan berlangsung bermula hari ini di sekitar negeri Melaka.

Majlis Zikir Asmaul Husna akan diadakan pada malam ini di Masjid Cina, Krubong bermula pukul 6.30 Petang dan dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob serta barisan Exco Kerajaan negeri.

Majlis Zikir Asmaul Husna dan Doa Sayangi Malaysiaku di Majid Cina, Krubong Petang ini

Majlis Zikir Asmaul Husna dan Doa Sayangi Malaysiaku di Masjid Cina, Krubong Petang ini

Selain Majlis Zikir, Majlis Doa juga di adakan bagi penganut agama Hindu, Sikh, Kristian dan Agama Buddha yang langsung bermula 2 Ogos sehingga 4 Ogos di rumah-rumah ibadat sekitar Melaka.

Menurut urus setia Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 Program Doa Sayangi Malaysiaku bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia  untuk sama sama mendoakan kesejahteraan Negara bersempena dengan sambutan Bulan Kebangasaan pada tahun ini.

Jadual Program Keagamaan Doa Sayangi Malaysiaku yang bakal bermula Petang ini.

Jadual Program Keagamaan Doa Sayangi Malaysiaku yang bermula petang ini sehingga 4 Ogos

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 akan berlangsung bermula 2 hingga 4 Ogos ini di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka dan acara Kemuncak pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari sabtu 3 Ogos pukul 8.30 Malam.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berhubung program itu menerusi laman Facebook rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 iaitu Merdeka360 atau laman sesawang malaysiamerdeka.my.

Tinggalkan komen anda