Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Dam Aji Eratkan Silaturahim

By 1 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Permainan tradisional, dam aji yang popular di kalangan masyarakat terutama di Pantai Timur tidak lagi dilihat sebagai aktiviti yang melalaikan.

Pegawai  Serantau Menteri Pertahanan, Zubir Mohamed berkata, “Permainan itu kini dilihat sebagai akitiviti yang mampu mengeratkan silaturahim serta mewujudkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat.”

Tambah beliau, permainan dam aji dimainkan secara berkumpulan dan bagi masyarakat di Pantai Timur, permainan ini sering dimainkan di warung kopi dan dibawah pokok sambil disaksikan oleh penyokong masing masing. “Suasana seperti itu boleh mengeratkan hubungan antara pemain dan orang ramai yang menyaksikan permainan itu’, katanya ketika merasmikan Pertandingan Dam Aji sempena Program Merdeka@Komuniti di Kampung Sungai Rengas dekat sini baru baru ini.

Zubir Mohamed bersama Pegawai Penerangan Kuala Terengganu bersama para peserta Pertandingan Dam Aji

Zubir Mohamed bersama Pegawai Penerangan Kuala Terengganu bersama para peserta Pertandingan Dam Aji

Program anjuran Pejabat Penerangan daerah Kuala Terengganu ini telah disertai 85 peserta dengan dua kategori dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan tertutup.

Zubir berkata, “Penganjuran program ini juga boleh merapatkan hubungan antara pemimpin masyarakat dengan komuniti setempat dan peluang  seperti ini diambil bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat.”

Beliau berharap permainan tradisional ini tidak hilang ditelan zaman dan usaha Pejabat Penerangan daerah Kuala Terengganu amat baik dan perlu diteruskan.

Sementara itu, juara kategori tertutup, Ismail Sulung, 49, berkata, “Pertandingan dam aji perlu diteruskan agar generasi masa kini dapat mengenal dan mempelajari teknik permainan itu.”

Pemenang pertama mendapat papan dam yang disampaikan oleh Zubir Mohamed

Pemenang pertama mendapat papan dam yang disampaikan oleh Zubir Mohamed

Katanya, pada masa ini permainan dam aji hanya dimainkan oleh golongan veteran dan usaha memartabatkan permainan ini perlu diusahakan dengan lebih gigih dengan menganjurkan pertandingan terutama dikalangan generasi muda.

Seorang peserta, Wahab Ali, 45, berkata “Permainan dam aji membuatkan pemain sentiasa berfikir cara untuk mengalahkan lawan. Beliau berpendapat, dam aji sangat sesuai dimainkan oleh remaja pada waktu lapang bagi menyegarkan minda selain sentiasa menggunakan otak untuk mencapai kemenangan.

-II-

Tinggalkan komen anda