Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Raptai Akhir Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Berjalan Lancar

By 29 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Raptai penuh Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya di sini hari ini berjalan lancar.

Acara raptai yang bermula tepat pukul 8.00 pagi dimulakan dengan acara nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara, Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali disusuli acara perbarisan dan perarakan kontingen.

Aset Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menarik perhatian orang ramai

Aset Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menarik perhatian orang ramai

Raptai juga melibatakn pertunjukan aset-aset udara dan darat oleh Angkatan Tentera Malaysia serta persembahan tarian “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Seramai 16,216 orang terlibat dalam menjayakan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 pada tahun ini dengan pelibatan sebanyak 43 kontingen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Persembahan “Teres Manusia” Menaikkan Semangat pengunjung yang hadir

Persembahan “Teres Manusia” Menaikkan Semangat pengunjung yang hadir

Raptai yang berlangsung lebih tiga jam berakhir pukul 11 pagi itu turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Timbalan Menterinya Eddin Syazlee Shith yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suriani Ahmad.

Bernama juga melaporkan sebelum ini, beberapa jalan utama di Putrajaya akan ditutup dan dilencongkan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini.

Gobind (kanan) dan Eddin turut hadir menyaksikan raptai akhir pagi tadi. Foto: Laman FB: Gobind Sing Deo

Gobind (kanan) dan Eddin (kiri) turut hadir menyaksikan raptai akhir pagi tadi.                      Foto: Laman FB Gobind Sing Deo

 

 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Roslan Bek Ahmad dalam kenyataan berkata lencongan serta penutupan jalan akan dibuat bermula 6 pagi sehingga acara selesai.

Beliau berkata jalan terlibat ialah Laman Perdana, Persiaran Perdana, Lebuh Saujana, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan Pembangunan, Jalan Kemerdekaan dan Lebuh Setia.

Aset Udara juga akan dipertontonkan pada hari sabtu ini

Aset Udara juga akan dipertontonkan pada hari sabtu ini

“Acara sambutan akan bermula pukul 7.30 pagi dan dijangka berakhir pada 12 tengah hari.

“Sambutan akan dimeriahkan dengan perbarisan serta perarakan aset-aset Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta agensi lain dan dijangka 300,000 orang akan hadir,” katanya.

Tinggalkan komen anda