Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sabah Tuan Rumah MTHQK Peringkat Kebangsaan Kali Ke-63

By 24 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Kali Ke-63 Tahun 2020.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengunjung pada kali ini dijangkakan lebih ramai bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga dari negara jiran.

“Dalam majlis perasmian MTHQK kali ini, ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin berkenan hadir menyempurnakan majlis penutupan.

“Seramai 112 orang peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung dari 14 hingga 21 Februari itu.

“Dari jumlah tersebut, 84 orang merupakan peserta hafazan dan 28 orang lagi peserta tilawah Al-Quran.

Suasana sekitar mesyuarat

Suasana sekitar mesyuarat

“MTHQK merupakan satu pertandingan yang terkenal sejak tahun 1960 lagi. Oleh itu, kemungkinan besar pengunjung dari negara jiran seperti Brunei Darussalam dan Indonesia akan turut hadir dalam majlis ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pertama Jawatan kuasa Induk majlis berkenaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pada Jumaat.

Tambah beliau, sedikit kelainan pada anjuran kali ini adalah dari segi adunan memasyarakatkan tilawah dengan penyertaan penduduk sekitar sepanjang pertandingan berlangsung.

“Dalam anjuran pertandingan seumpama ini, kita bukan hanya mendekatkan diri, jiwa dan hati dengan kitab suci Al-Quran tetapi kita turut sampaikan penjelasan dalam Al-Quran kepada masyarakat.

“Kita akan melibatkan masyarakat setempat dengan jualan serta pameran industri kecil dan sederhana yang mampu menarik lebih ramai pengunjung sekaligus dapat sama-sama menyaksikan MTHQK,” katanya.

Hadir sama, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

ER

Tinggalkan komen anda