Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeMASabah

Konvoi KMJG Gerakkan Fungsi, Peranan Jabatan Penerangan Malaysia

By 24 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/Shahvian Muhd Razali (Kota Kinabalu)

SANDAKAN, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Usaha Jabatan Penerangan (JaPen) dalam penganjuran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2019 dilihat mampu menggerakkan fungsi dan peranan jabatan tersebut kepada masyarakat.

Vivian (kanan) menandatangani Buku Autograf Konvoi KMJG 2019

Vivian (kanan) menandatangani Buku Autograf Konvoi KMJG 2019

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Arifin Asgali, program konvoi KMJG berupaya menjadi platform untuk melebar luaskan pemasaran maklumat mengenai dasar serta pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan.

Katanya, usaha pemasaran maklumat tentang konsep kenegaraan ini juga sudah tepat pada masanya.

FLAG OFF...Vivian (dua dari kiri) membuat flag off konvoi KMJG JaPen Sabah.

FLAG OFF…Vivian (dua dari kiri) dan Arifin (tiga dari kanan) membuat flag off konvoi KMJG JaPen Sabah.

“Perkara ini sepatutnya sudah mendapat tempat agar rakyat terutama generasi baharu dapat berkongsi maklumat yang sahih serta bebas dari penolakan atau penafian terhadap maklumat negara sendiri.

“Ini terutama sekali tentang kemerdekaan negara yang dicapai sejak tahun 1957,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program [email protected] DUN dan Merdeka @ Komuniti Daerah serta Pelepasan Konvoi KMJG di sini, pada Jumaat.

KENANGAN....Guru dan pelajar SMK Muhibah merakam gambar bersama peserta konvoi.

KENANGAN….Guru dan pelajar SMK Muhibbah merakam gambar bersama peserta konvoi.

Pada majlis itu, konvoi KMJG dilepaskan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan meneruskan perjalanan ke SMK Muhibbah untuk acara sambutan kemerdekaan dan edaran Jalur Gemilang.

Seterusnya, konvoi singgah di Dataran Kinabatangan untuk acara sambutan dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah Kinabatangan, Maddinin Jemin oleh Ketua Konvoi, Razif Chek Hashim, sebelum meneruskan ke Daerah Lahad Datu.

Acara sambutan konvoi di Kinabatangan.

Acara sambutan konvoi di Kinabatangan.

Turut diedarkan risalah mengenai myFreeview oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

ER

Tinggalkan komen anda