Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ekspresi Sayangi Malaysiaku Menerusi Pertandingan Mewarna

By 24 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Khairuzzaki Ahmad, Siti Nabila Bohari/ Mohd Najib Mohaini, Fuad Abdullah (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih anjuran Jabatan Penerangan Malaysia telah meneruskan siri jelajahnya ke Negeri Johor bermula 22 Ogos hingga 24 Ogos 2019 di MYDIN Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru.

Program ini diadakan bagi menyalurkan informasi kepada penduduk tempatan serta memaparkan aspirasi kerajaan dalam mewujudkan negara yang bertoleransi setiap kaum melalui penghayatan secara visual.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung MYDIN dan juga penduduk sekitar Johor Bahru seperti pameran, pertandingan nyanyian bintang patriotik dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Peserta pertandingan gigih mewarna dan turut ekspresikan semangat Sayangi Malaysiaku menerusi pertandingan ini.

Peserta pertandingan gigih mewarna dan turut ekspresikan semangat Sayangi Malaysiaku menerusi pertandingan ini.

Pertandingan mewarna yang berlangsung selama dua hari ini mampu menzahirkan semangat ‘Sayangi Malaysiaku’ si cilik serta berjaya menarik penyertaan seramai seratus orang kanak-kanak berusia di antara 7 hingga 12 tahun.

Pada hari pertama telah diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak untuk tadika kemas yang telah menarik penyertaan tadika kemas sekitar Johor Bahru dan manakala pada hari kedua pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak bagi kategori terbuka.

Danial Firhan bersama adiknya turut menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan.

Danial Firhan bersama adiknya turut menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan.

Penyertaan yang diterima dari kanak-kanak berbilang kaum di sekitar daerah Johor Bahru membuktikan keharmonian pelbagai bangsa di negeri ini selain melestarikan kemesraan dan perpaduan.

Para pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak akan menerima baucer sumbangan MYDIN bernilai RM300 bagi johan, RM200 untuk naib johan dan RM100 untuk tempat ketiga beserta hamper selain 20 hadiah saguhati tajaan Carrie Junior.

Para pemenang Pertandingan Mewarna MyMerdeka.

Para pemenang Pertandingan Mewarna MyMerdeka.

Menurut Nooris Md Isa, 37, beliau teruja apabila mendapat tahu pertandingan mewarna akan diadakan di MYDIN Mutiara Rini dan mengambil peluang ini untuk membawa anaknya menyertainya walaupun tidak memenangi sebarang hadiah beliau berasa sangat gembira kerana anaknya dapat mengekspresikan semangat merdeka dengan mewarna lukisan yang bercorak kemerdekaan.

“Tujuan saya membawa anak menyertai pertandingan ini supaya anak saya lebih mengenali warna jalur gemilang serta mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum,” ujarnya lagi.

Peserta pertandingan mewarna bergambar bersama maskot Carrie Junior.

Peserta pertandingan mewarna bergambar bersama maskot Carrie Junior.

Menurut Danial Firhan, 8, beliau bersama ibu dan adiknya mengunjungi pasaraya MYDIN untuk membeli belah namun apabila mendapat tahu pertandingan mewarna diadakan beliau mengajak adiknya menemani untuk menyertai pertandingan tersebut dan berasa sangat teruja dapat menzahirkan semangat kemerdekaan dengan mewarna Jalur Gemilang.

Kanak-kanak yang hadir turut dihiburkan dengan kehadiran maskot carrie junior sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Selain itu semangat kecintaan kepada negara turut dizahirkan menerusi penganjuran pertandingan Karaoke Bintang Patriotik 2019.

Penyertaan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan petandingan peringkat akhir yang membabitkan lapan orang peserta yang akan berlangsung pada hari ini.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan informasi berkaitan kerajaan menerusi pameran pelbagai agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia diantaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pos Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

-NI-

Tinggalkan komen anda