Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Serahan Jalur Gemilang Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

By 20 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Salwati Md Zam/Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Shaiful Azman Said (Tampin)

TAMPIN, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Tampin Dr Hasan Bahrom, mengajak dan menyeru orang ramai untuk sama-sama menggelorakan sambutan Hari Kebangsaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang.

“Jika kita sayang dan cintakan Negara kita, marilah bersama-sama kita meraikan Bulan Kemerdekaan ini dengan penuh semangat dan mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Program Penyampaian Jalur Gemilang kepada pemerintah di setiap Dewan Undangan Negeri di daerah Tampin, di sini semalam.

WhatsApp Image 2019-08-20 at 08.54.33

Hasan menyempurnakan upacara penyerahan Jalur Gemilang.

Hasan juga berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus mengenepikan perbezaan pendapat demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara.

“Semoga keamanan dan perpaduan dari pelbagai kaum di negara kita akan terus kekal sehingga diwarisi anak cucu cicit kita nanti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hasan juga telah membuat pelepasan konvoi bermotorsikal yang disertai oleh belia tempatan bersempena program tersebut. Konvoi tersebut bermula dari Dataran Gemas dan akan singgah ke Pekan Gemencheh untuk edaran Jalur Gemilang dan berakhir di Tampin Square.

Turut hadir Pegawai Daerah Tampin Suhaizah Sharudin serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Tampin.

-AK

Tinggalkan komen anda