Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

TYT Sertai Majlis Korban Perdana; Santuni Golongan Asnaf dan USK

By 13 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 13 Ogos (Malaysiaaktif)  –  Tarikh 10 Zulhijah umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu satu lagi hari kebesaran dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri.

Majlis Islam Sarawak tidak ketinggalan untuk sama-sama meraih ganjaran pahala ibadah korban Perdana disini baru-baru ini.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib berkenan menyempurnakan Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 2019 yang berlangsung  Dewan HIKMAH

Sebanyak empat ekor lembu sumbangan Majlis Islam Sarawak dikorbankan dan diagihkan kepada masyarakat kurang bernasib baik di sekitar kawasan Samariang dan Petra Jaya.

Pengagihan daging-daging korban tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib kepada 11 orang asnaf dan 20 orang Unit Saudara Kita (USK) di Dewan Hikmah Petra Jaya sebaik sahaja selesai solat sunat Aidiladah.

Azlina Abdullah,34 dari USK Samariang berkata, ini adalah kali pertama beliau menerima daging Qurbandan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur.\

Tun Taib (empat kiri) dan Toh Puan Raghad Kurdi (lima kiri) mengagihkan Daging Korban kepada penerima sambil disaksikan oleh Abang  Abdul Rahman Zohari(dua kiri), Misnu Taha (tiga kiri) dan dif-dif kenamaan lain.

Tun Taib (empat kiri) dan Toh Puan Raghad Kurdi (lima kiri) mengagihkan Daging Korban kepada penerima sambil disaksikan oleh Abang Abdul Rahman Zohari(dua kiri), Misnu Taha (tiga kiri) dan dif-dif kenamaan lain.

Manakala Nur Shahira Arif, 36 dari USK Samariang juga berkongsi perasaan yang sama, beliau bersyukur dan terharu kerana terpilih untuk menerima daging Qurban semasa majils Korban Perdana ini.

Seramai enam ribu Jemaah hadir menunaikan solat Hari Raya di masjid Jamek manakala Ustaz Mohd Ihsan Mohd Haidzri, Timbalan Imam Besar Negeri Sarawak mengimam solat tersebut.

Turut hadir dan menyempurnakan pengagihan tersebut, ialah Ketua Menteri Sarawak,Datuk Patinggi (Dr) Abang  Abdul Rahman Zohari Tun

Abang Openg dan Yang Amat  Berbahagia Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Juga hadir, Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.

Tinggalkan komen anda