Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

USIA Penampang Mula Operasi Di Pejabat Baharu Hujung Tahun Ini

By 8 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Penampang bakal berpindah ke pejabat baharu yang teletak di Masjid Jamek Putatan dijangka pada penghujung tahun ini.

Ketuanya, Datuk Haji Uda Sulai berkata pejabat tersebut akan di ubahsuai dan beroperasi secara gunasama dengan ahli jawatan kuasa masjid berkenaan.

Uda ketika menyampaikan ucapan sebelum mesyuarat dimulakan.

Uda ketika menyampaikan ucapan sebelum mesyuarat dimulakan.

“Saya sudah berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEINS) Sabah mengenai perkara ini dan telah mendapat peruntukan untuk itu.

“Pada yang tidak tahu, Masjid Jamek merupakan satu-satunya masjid yang ada di daerah ini dan digunakan oleh masyarakat sekitarnya untuk menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

Zainuddin membentangkan minit mesyuarat untuk pengesahan.

Zainuddin membentangkan minit mesyuarat untuk pengesahan.

“Mesyuarat pertama USIA telah dijalankan disana suatu ketika dahulu hingga wujudnya pertubuhan kita pada hari ini, dan dengan itu kita berbangga menjadikannya sebagai pejabat bagi mengenang jasa pejuang dan para ulama kita di Putatan,”kata Uda.

Tambahnya juga, bilik mesyuarat yang ada nanti akan dibuka untuk kegunaan cawangan di Bahagian Penampang untuk bermesyuarat apabila suda siap kelak.

Uda berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Penampang kali ke 33/2019 bertempat di Wisma Sri Kajura, baru-baru ini.

Adnan membentangkan penyata kewangan USIA Bahagian Penampang.

Adnan membentangkan penyata kewangan USIA Bahagian Penampang.

Dalam pada itu, Uda turut memuji semua cawangan USIA di Bahagian Penampang yang bergerak aktif menjalankan aktiviti terutama sekali ceramah-ceramah agama di kawasan masing-masing.

“Walaupun aktiviti pada bahagian tidak banyak dilakukan, tetapi semua cawangan sangat aktif mengaturkan pelbagai aktiviti seperti di Pasir Putih, Petagas, Masjid Jamek, Ketiau dan Meruntum yang di penuhi dengan ceramah yang diaturkan sepanjang minggu dan saya berharap kita teruskan acara seperti itu.

Salah seorang ajk membentangkan usul dibawa ke peringkat negeri.

Salah seorang ajk membentangkan usul dibawa ke peringkat negeri.

“Saya harapkan juga, apa sahaja acara kerajaan negeri yang melibatkan keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul akan mendapat sokongan semua cawangan dengan cara turut serta dan mengambil bahagian agar sentiasa kekal aktif,”serunya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Matin Pandin; Ketua Penerangan Bahagian, Datuk Mohd Dahali Matsin; Bendahari Bahagian, Adnan Ibrahim; Ketua Wanita Bahagian, Nanih Abah; Timbalan Pengerusi Tetap, Mohamed Salleh dan Setiausaha Bahagian, Zainuddin Awang.

ER

Tinggalkan komen anda