Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kehidupan di Penjara Beri Pedoman kepada Pelajar

Laporan/ foto: Noraidah Mat Seh/ Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

MELAKA, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kembara Kelab Malaysiaku Daerah Jasin telah mengadakan lawatan ke Muzium Penjara Banda Hilir dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disertai oleh tiga buah Sekolah Kelab Malaysiaku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban, SMK Tun Perak dan SMK Iskandar Shah.

Pelajar dari SMK Iskandar Shah, Nur Umniyati Omar,19, berkata lawatan hari ini banyak memberi pedoman dan keinsafan kepada dirinya dan rakan-rakan kerana kehidupan di dalam penjara tidak selesa dan terpisah dari dunia luar.

Lawatan Kembara Kelab Malaysiaku ke SPRM Melaka.

Lawatan Kembara Kelab Malaysiaku ke SPRM Melaka.

“Lawatan ini juga boleh dijadikan iktibar kepada semua kerana menjadi tahanan penjara dan juga SPRM disebabkan rasuah adalah satu perkara yang boleh menghancurkan kehidupan pada masa akan datang,” ujar Umniyati.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jasin, Azreen Ahmad, program seperti ini acap kali diadakan supaya para pelajar merasai sendiri pengalaman berada di penjara dan juga dapat memberi mereka penerangan berkaitan rasuah.

“Sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan mereka harus mempunyai jati diri dan bersedia dengan pelbagai rintangan, yang paling dirisaukan adalah pembabitan mereka dalam masalah sosial yang semakin menular dalam kalangan pelajar seperti penyalahgunaan dadah, kongsi gelap, buli dan sebagainya.

“Oleh demikian peranan kami di Jabatan Penerangan melalui Kelab Malaysiaku supaya pelajar-pelajar dibentuk menjadi manusia berguna mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan menerapkan falsafah Rukun Negara dalam jiwa mereka,” kata Azreen.

-KN

Tinggalkan komen anda