Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

30 Ribu Anak Ikan Dilepaskan di Sungai Perak

By 12 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasbella Hasim/ Khairul Izham Zakaria (Perak Tengah)

PARIT, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 ribu ekor anak ikan dilepaskan ke dalam Sungai Perak bersempena dengan simbolik perasmian Program Merdeka@Komuniti Konvoi Sempena Bulan Kebangsaan anjuran Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Mukim Layang-layang dan KHM Mukim Belanja, di Kampung Ekor Lambat, di sini semalam.

Anak ikan yang dilepaskan termasuk daripada spesis jelawat, baung dan tilapia dengan masing-masing sebanyak 10 ribu ekor dengan penyerahan dilakukan oleh Pejabat Perikanan Perak Tengah.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Yuhanis Yahya, berkata program bersama komuniti ini perlu diteruskan dengan Jabatan Penerangan menjadi tunggak dalam menjayakan kempen Bulan Kebangsaan.

“Penglibatan pelbagai jabatan di daerah ini dalam program-program mendekati komuniti juga menjadi medium buat kita semua untuk mengeratkan ukhwah,” katanya ketika ditemui.

Yuhanis turut menegaskan penjawat awam harus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan tidak mencampur adukkan isu politik dalam tugas selaras dengan saranan Perdana Menteri bagi membasmi gejala rasuah.

“Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam isu politik sekarang, dan kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya juga, maka sentiasalah menjaga hubungan baik sesama kita,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda