Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Terjun Tapak Tarikan Pelancong Tahun Melawat Malaysia 2020

By 12 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Menara Alor Setar International Jump merupakan acara terjun tapak pertama setelah lapan tahun ditangguhkan sebelum ini.

Acara sukan antarabangsa ini menawarkan peluang kepada penerjun tapak antarabangsa dan tempatan untuk terjun dari platform tertinggi di Menara Alor Setar dengan ketinggian 105 meter dari paras laut dan akan mendarat di Taman Jubli berdekatan.

Wakil Menteri Besar Asmirul Anuar Aris menyempurnakan majlis perasmian.

Wakil Menteri Besar Asmirul Anuar Aris menyempurnakan majlis perasmian.

Acara terjun tapak ini akan mempromosikan empat lokasi acara untuk memberi peluang kepada penerjun tapak untuk merasai cabaran dan keunikan lokasi yang turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Antara lokasi terlibat, Menara Alor Setar (11 hingga 13 September), Gua Damai Batu Caves (15 hingga 17 September), Wisma Sanyan Sibu (19 hingga 22 September) dan yang terakhir di Menara Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 September.

Kerajaan menyasarkan capaian pelancong antarabangsa seramai 30 juta dengan pendapatan pelancong sebanyak RM100 billion yang bertujuan fokus kepada kelestarian pelancongan, seni dan kebudayaan.

Turut hadir bersama ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Unit Khas Visit Malaysia 2020 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datin Sri Norfaliza Ismail.

-SH

Tinggalkan komen anda