Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Keunikan Adat Melayu Sambut Peserta Ekspedisi Sumber Air Negara

By 12 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlydiana Ishak/UNESCO-IHP (Putrajaya)

HULU TERENGGANU, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 77 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan dan agesi kerajaan, penyelidik, para pendidik, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga pihak media daripada 16 agensi seluruh Malaysia menyertai program Ekspedisi Sumber Air Negara di bawah program National Water Balance System (NAWABS) Terengganu, yang bermula Isnin.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia beserta United Nations Educational, Scientific & Cultural Organization’s (UNESCO) – The International Hydrological Programme (IHP) Malaysia dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi peringkat negeri yang terlibat dalam pengurusan sumber air dan sektor pelancongan.

Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Mohd Sor Othman, berkata tahun ini merupakan tahun ketiga program ini diadakan pada tahun 2017 di Perak, 2018 di Kedah dan pada tahun ini Negeri Terengganu menjadi destinasi pilihan.

Para peserta ekspedisi bergambar kenangan.

Para peserta ekspedisi bergambar kenangan.

“Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pihak media unsur kepentingan sumber air, ekosistem akuatik dan alam sekitar dan menyediakan platform dan ruang penyelidikan rakan akademik IHP Malaysia.

“Saya berharap pihak media yang turut menyertai ekspedisi ini dapat melaporkan tentang keindahan dan sumber-sumber air empangan Kenyir dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini yang mampu memberi satu inspirasi baharu,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Program dan Safety Briefing, di sini.

Ketibaan para peserta ekspedisi ke Warisan Pahlawan Resort disambut meriah dengan para peserta dibekalkan sehelai kain sarung dan tanjak sebagai tanda simbolik adat Melayu dan dijamu hidangan air kelapa sebagai minuman selamat datang.

Kumpulan Dendang Anak (bawah rumah) mempamerkan keunikan persembahan tradisional Melayu dan seni silat kura-kura dipertontonkan kepada para peserta ekspedisi sebagai persembahan selamat datang.

Kumpulan Dendang Anak (bawah rumah) mempamerkan keunikan persembahan tradisional Melayu dan seni silat kura-kura dipertontonkan kepada para peserta ekspedisi sebagai persembahan selamat datang.

Kumpulan Dendang Anak yang turut membuat persembahan berjaya memukau semua peserta dengan persembahan unik mereka tentang kebudayaan melayu dalam menyampaikan lagu bercirikan ketuhanan diiringi persembahan seni silat kura-kura.

Para peserta ekspedisi dibawa menjelajah ke beberapa lokasi yang menarik antaranya Tasik Kenyir, Gua Bewah, Santuari Kelah, Stesen Jana Elektrik Kenyir dan Loji Rawatan Air Hulu Terengganu.

Melalui program ini para peserta dapat merasai, memahamai serta diberi pendedahan berkaitan kepentingan penjagaan serta pemuliharaan sumber air dan juga alam sekitar demi kelangsungan kesejahteraan kehidupan pada masa hadapan.

-SH

Tinggalkan komen anda