Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu – Gobind

By 15 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUCHING, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Perkembangan aplikasi media sosial kini menjadi medium komunikasi utama dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat secara meluas.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Sing Deo, biarpun media sosial banyak memberi kesan positif dari segi lonjakan ilmu pengetahuan dan kemampuan membina rangkaian hubungan, masih terdapat secalit kesan negatif antaranya adalah penyebaran maklumat palsu.

“Penyebaran maklumat palsu jika tidak dibendung boleh menjejaskan keharmonian, keselamatan dan ketenteraman masyarakat dan negara.

Gobind (tengah) ketika perasmian Program Merdeka@Komuniti, di sini.

Gobind (tengah) ketika perasmian Program Merdeka@Komuniti, di sini.

“Dalam hal ini, kita seharusnya nemikul tanggungjawab bersama dalam menghentikan penyebaran maklumat palsu ini,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti, di Dewan Serbaguna Kampung Semeba, di sini hari ini.

Gobind turut menyeru kepada masyarakat agar sentiasa berhemah dan menyemak fakta sebelum membuat sebarang komen mahupun kenyataan.

“Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan adalah bersama-sama dengan tanggungjawab menjaga kesejahteraan sosial.

“Setiap rakyat perlu sedar, faham dan memegang amanah menjaga diri, masyarakat dan negara, maka penghentian penyebaran maklumat palsu bermula dari diri sendiri,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda