Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KHM Bantu Imarah Perpaduan Rakyat

By 15 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUCHING, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Keharmonian dan kedamaian yang dimiliki hari ini bertitik-tolak daripada persefahaman dan perpaduan seluruh warga sebagai rakyat Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, berkata kesepaduan yang ada inilah yang memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara dapat dicapai dengan aman dan muhibah.

“Dengan kepelbagaian yang ada, sambutan perayaan di sini dapat disambut bersama dalam suasana harmoni tanpa batasan agama, bangsa dan budaya.

“Marilah kita bersama-sama bangkit dengan penuh azam dan tekad dalam membantu kerajaan mencorakkan kemakmuran bersama,” katanya yang ditemui sempena Program Merdeka@Komuniti, di Kampung Semeba, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Gobind turut memuji inisiatif Jabatan Penerangan menubuhkan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) dalam menyampaikan maklumat agen pengimarahan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Setakat Ogos tahun ini, sebanyak 1,430 buah KHM telah ditubuhkan di seluruh negara dan sebanyak 184 telah ditubuhkan di Sarawak.

“Saya meyakini KHM mampu memikul tanggungjawab dalam usaha memasar, meningkatkan kefahaman dan penghayatan orang awam terhadap dasar kerajaan disamping memperkasakan jaringan komunikasi antara kaum,” tambahnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda