
Laporan/ foto: Faizal Mat Akhir/ Suria Karim
BUKIT TAMBUN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Pulau Aman merupakan sebuah pulau yg boleh dikategorikan sebagai kawasan pedalaman. Secara geografinya, ia terletak di dalam kawasan DUN Bukit Tambun.
Sehubungan itu, satu usaha serta inisiatif diambil bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai kempen serta dasar kerajaan membantu golongan sasaran. Taklimat semasa mengenai inisiatif kerajaan seperti MySalam dan PEKA B40 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Pulau Aman.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama MPKK Pulau Aman. Menurut Pengerusi MPKK merangkap Setiausaha Komuniti Harapan Malaysia Bukit Tambun 1, Saibi Abdul Majid, terdapat sebanyak 250 buah keluarga menetap di pulau ini, yang majoritinya adalah generasi ketiga serta merupakan nelayan dan peniaga.
Taklimat MySalam dan PEKA B4O tersebut telah disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Penerangan Malaysia P.Pinang, Izzudin Berahim. Pelaksanaan program ini memberi ruang serta peluang kepada golongan sasar untuk mendapat maklumat terkini agar tidak ketinggalan.

Taklimat MySalam dan PEKA B4O yang disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Penerangan Malaysia P.Pinang, Izzudin Berahim
Menurut Rahmah Md Said, 45, “Program yang diadakan amat bermanafaat dan membuka mata masyarakat setempat mengenai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.”
Selain itu, beliau turut melakukan aktiviti mencari siput. Menurut beliau terdapat pelbagai jenis siput di Pulau ini yang boleh dimakan dan dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Terdapat pelbagai keunikan dan keistimewaan Pulau Aman yang jarang diperkatakan dan ditonjolkan. Antaranya terdapat pokok buah sukun yang berusia 129 tahun, telaga emas yang dikatakan mempunyai khasiat air yang tersendiri, ternakan ikan sangkar, pembuatan belacan, ikan kering, homestay dan sebagainya.
Pulau Aman juga menjadi daya tarikan kepada kaki pancing yang gemar mengisi masa lapang dengan hobi memancing bersama keluarga atau rakan.
-II-