Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Wanita USIA Bina Tadika,Taska Komuniti Tanjung Aru

By 26 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Pembinaan tadika dan taska satu tingkat akan dimulakan sebaik sahaja kerja-kerja perobohan masjid lama di Kampung Tanjung Aru selesai dijalankan.

Pengerusi Biro Pendidikan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Nanih Abah berkata masjid lama yang terletak di atas tanah milik USIA itu dibina sejak tahun 70-an, hanya digunakan untuk pendidikan Al-Quran oleh komuniti sekitar selepas masjid baharu (Masjid Al-Kauthar) siap dibina pada 2012.

Sekitar dalam masjid yang kelihatan uzur.

Sekitar dalam masjid yang kelihatan uzur.

“Namun begitu seiring dengan masa, masjid lama tersebut kian uzur dan tidak lagi sesuai untuk digunakan, atas aspek keselamatan pengguna maka wanita USIA melihat tapak tersebut lebih sesuai dibangunkan semula untuk membina pusat pendidikan tadika dan taska.

“Selepas mesyuarat pertama berkenaan hal ini dijalankan pada 30 April lalu, Ketua Wanita USIA negeri, Datuk Azizah Mohd Dun telah memohon sumbangan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan alhamdulillah permohonan tersebut diluluskan sebanyak RM200 ribu.

Datuk Donald ketika melihat pelan bangunan tadika dan taska yang akan didirikan kelak.

Datuk Donald ketika melihat pelan bangunan tadika dan taska yang akan didirikan kelak.

“Kami ahli jawatan kuasa Tadika Wanita USIA telah bersetuju untuk memulakan pembinaan tersebut dalam tahun ini dan dijangka proses tersebut memakan masa selama 12 hingga 18 bulan untuk siap.

“Ini termasuklah permohonan kelulusan dari Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan Dan Jabatan Kebajikan,” jelasnya ketika ditemui di Menara USIA pada Selasa.

Ahli jawatankuasa Tadika Wanita USIA seusai selepas menjalani mesyuarat di Menara USIA.

Nanih (dua dari kiri, duduk) bersama Ahli jawatankuasa Tadika Wanita USIA seusai selepas menjalani mesyuarat di Menara USIA.

Tambahnya, bangunan satu tingkat itu nanti akan dapat menampung seramai 30 orang murid dan dibuka kepada warga sekitar demi membantu komuniti Tanjung Aru untuk menghantar anak-anak ke tadika dan taska yang hampir dengan tempat tinggal.

Turut hadir, Timbalan Ketua Wanita USIA, Nursuhana Abdullah.

ER

Tinggalkan komen anda