Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

MyMerdeka@Penang Platform Subur Semangat Patriotik

By 8 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd. Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Program MyMerdeka berlangsung sekali lagi tahun ini dengan penuh pembaharuan di Pulau Pinang dengan anggaran pengunjung seramai 2000 orang sepanjang tiga hari program berlangsung yang berakhir hari ini.

Exco Pertainan dan Industri Asas Tani Serta Luar Bandar Pulau Pinang Dr. Afif Bahardin, mengajak orang ramai supaya bersama-sama menjaga keamanan yang ada dan berfikir bagaimana dapat menyumbang bakti kepada negara terutamanya bagi generasi muda.

“Program yang kian mendapat sambutan daripada orang ramai pada setiap kali penganjuran ini dijalankan secara Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan badan-badan tertentu.

Dr. Afif (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada wakil jabatan ketika melawat tapak pameran.

Dr. Afif (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada wakil jabatan ketika melawat tapak pameran.

“Ianya turut dimantapkan dengan pengisian yang lebih moden dan terkini seiring dengan perubahan baharu yang dibawa oleh kerajaan hari ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said, menjelaskan Program MyMerdeka ini adalah sebagai platform bagi Jabatan Penerangan mengetengahkan produk-produk jabatan dalam menyampaikan inisiatif yang disediakan kerajaan kepada rakyat.

“Pada kali ini pameran lebih bersifat paparan digital yang padat dengan pengisian maklumat berkaitan dasar kerajaan serta program-program kempen Jabatan Penerangan melalui paparan tv pada setiap sudut.

#JaPenkinidigital

#JaPenkinidigital

“Jabatan Penerangan sendiri misalnya hadir dengan wajah baharu melalui pameran yang dibawakan ini, selain menjimatkan ruang ianya lebih interaktif dan tersusun,” katanya ketika ditemui pemberita.

Selain Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga turut menyertai pameran ini dengan membawakan permainan video moden yang menggunakan sistem sensor tanpa sebarang sentuhan.

Turut serta pameran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengedarkan set dekoder tv digital selain memberi khidmat nasihat dan kaedah menggunakan alat komunikasi secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

-SH

Tinggalkan komen anda