Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program [email protected] Harapan Malaysia Rapatkan  Hubungan Antara Kaum

By 8 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 8 Sept (Malaysiaaktif) – Program [email protected] Harapan Malaysia merupakan program khas yang diadakan bagi menyemarakkan lagi  sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

[email protected] Harapan Malaysia yang julung kali diadakan di seluruh negara adalah bertujuan untuk menaikkan lagi semangat patriotik dan semangat cintakan negara di kalangan masyarakat Malaysia dan ia juga merupakan platform terbaik bagi mengeratkan lagi perpaduan antara kaum.

ADUN Yong Peng Chew Peck Choo menyampaikan ucapan perasmian Program Merdeka@Komuniti Harapan Malaysia.

ADUN Yong Peng Chew Peck Choo menyampaikan ucapan perasmian Program [email protected] Harapan Malaysia.

Program ini juga menggalakkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di dalam satu komuniti bagi bersama-sama menjalankan aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira peringkat umur, agama dan latar belakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Yong Peng Chew Peck Choo berkata program seperti ini amat baik untuk masyarakat kecil di Pekan Yong Peng dan kita dapat melihat penglibatan semua kaum tidak kira agama dan latar belakang bersama-sama menyertai pertandingan yang dianjurkan seperti sukan rakyat.

Gelagat kaum wanita yang menyertai pertandingan menganyam ketupat mencuit hati ADUN Yong Peng yang turut bersama-sama dalam pertandingan ini.

Gelagat kaum wanita yang menyertai pertandingan menganyam ketupat mencuit hati ADUN Yong Peng yang turut bersama-sama dalam pertandingan ini.

“Mereka bersama-sama sebagai satu pasukan yang penuh dengan kasih sayang serta cinta akan negara dan program seumpama ini perlu lebih banyak lagi diadakan bagi merapatkan lagi hubungan perpaduan antara kita,” ujarnya lagi.

Chee Peck Choo turut bersama-sama menaiki kenderaan bagi menyertai Konvoi Jalur Gemilang yang menyelusuri sekitar kampung-kampung dan taman perumahan di kawasan Yong Peng untuk mengedarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

Pelepasan konvoi yang akan menyelusuri kawasan sekitar Yong Peng bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan 2019.

Pelepasan konvoi yang akan menyelusuri kawasan sekitar Yong Peng bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan 2019.

Seramai 200 orang telah menyertai pertandingan yang dianjurkan antaranya memancing ikan puyu, sukan rakyat, acara nyanyian lagu patriotik dan kibaran bendera Jalur Gemilang yang secara tidak langsung dapat menyemai semangat kemerdekaan dan penghayatan kebebasan serta mendidik generasi muda untuk belajar menghargai perjuangan pahlawan terdahulu.

Sikap menjaga kebersihan terhadap alam sekitar turut disemai kepada para pengunjung dengan aktiviti gotong–royong mengutip sampah dan membersihkan kawasan sekitar Dataran Gemilang Yong Peng selepas sahaja berakhirnya program ini.

Pertandingan memancing yang disertai oleh 22 orang pemancing memeriahkan lagi suasana program ini.

Pertandingan memancing yang disertai oleh 22 orang pemancing memeriahkan lagi suasana program hari ini.

Pengerusi Komunti Harapan Malaysia Yong Peng Selatan, Mohd Jahid Zaini berkata, program seperti ini memberi impak yang baik dalam mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum serta merapatkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin di mana wakil-wakil kerajaan turut hadir bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan.

“Program ini juga merupakan platform untuk penduduk setempat beramah mesra dengan wakil rakyat yang dipilih dan kesempatan ini membuka peluang kepada mereka untuk menyuarakan permasalahan yang dihadapi penduduk di sekitar Pekan Yong Peng,” katanya lagi.

Beliau turut memuji kerajaan di atas kepantasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di kampung-kampung sekitar kawasan DUN Yong Peng ini dan berharap lebih banyak lagi aktiviti kemasyarakatan seperti ini akan diadakan oleh pihak kerajaan pada masa akan datang.

-NI-

Tinggalkan komen anda