Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Nasi Ambeng Lambang Silaturahim

By 25 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Fauziah Abdullah (Seremban)

PORT DICKSON, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Nama ‘nasi ambeng’ bukanlah menu makanan asing di Malaysia, namun sejak belakangan ini, menu tersebut semakin menjadi buah mulut dalam kalangan penggemar makanan tempatan.

Nasi ambeng sendiri merupakan makanan tradisi turun-temurun dan menjadi hidangan utama bagi komuniti masyarakat Jawa di sekitar Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Apa yang menariknya, nasi ambeng disediakan dalam satu talam yang beralaskan daun pisang yang dihidangkan bersama pelbagai variasi lauk seperti sambal goreng, serunding, ikan masin, tempe, serta ayam goreng ditambah lagi dengan mee goreng atau lebih dikenali sebagai tumisan.

Setiap hidangan kebiasaannya boleh dimakan oleh empat hingga enam orang, namun perubahan zaman menyebabkan penyediaan nasi ambeng kini berbeza, ianya kini disediakan dalam saiz individu yang lebih kecil sehingga menyebabkan nilai estetika ā€˜silaturahimā€™ semakin menghilang.

Jabatan Penerangan Negeri Sembilan melalui Program Pewaris Muda telah berusaha menghidupkan kembali nilai murni dan keunikan menu tersebut dengan membawa para peserta Pewaris Muda bersama-sama menyediakan nasi ambeng sebagai menu jamuan makan.

WhatsApp Image 2019-09-24 at 16.19.26

Para peserta menjamu selera bersama keluarga angkat masing-masing.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kepelbagaian ramuan di dalam nasi ambeng melambangkan kesepakatan, toleransi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk kampung dan anggota keluarga.

“Ia juga dimakan secara berjemaah, sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita dan nasi ambeng ini juga adalah sebagai tanda terima kasih daripada tuan rumah kepada pengunjung yang hadir ke kenduri beliau,ā€ katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Program Pewaris Muda Peringkat Negeri Sembilan 2019 di Kampung Pachitan, Port DicksonĀ baru-baru ini.

Dalam pada itu dua pelajar, Muhammad Zairan Mohd Nor Azmi (Politeknik Port Dickson) dan Hasridayanti Yusman (Politeknik Nilai) masing-masing dinobatkan sebagai Peserta Pewaris Muda Terbaik Lelaki dan Wanita.

Mereka berdua akan mewakili Negeri Sembilan ke Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kedah pada bulan Oktober depan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chuah Yek Diew Ching serta Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor.

-AK

Tinggalkan komen anda