Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Layar Bestari Mengimbau Nostalgia

By 25 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Abd Halim Jumat (Jelebu)Β 

JELEBU, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai kira-kira 150 orang penonton telah memeriahkan Program Layar Bestari anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang dan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Ulu Klawang yang diadakan di Kampung Batu Serambai, di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Bakri Sawir program tersebut dapat menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk apabila mereka duduk bersama-sama menikmati tayangan tanpa mengira kaum ketika menonton wayang pacak ini.

β€œDengan adanya program seumpama ini, ianya dapat mewujudkan rangkaian bagi program turun padang iaitu berhibur dan pada masa yang sama menyampaikan info terkini dan saya berharap program Layar Bestari ini dapat diteruskan oleh pihak Jabatan Penerangan Malaysia pada masa akan datang,” katanya ketika berucap.

WhatsApp Image 2019-09-24 at 16.54.44

Antara masyarakat yang hadir ke program Layar Bestari.

Bakri turut merakamkan perhargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.

β€œSaya dapati walaupun media cetak dan media elektronik telah berkembang pesat, namun kaedah Jabatan Penerangan ini masih efektif dan kreatif dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat di luar bandar disamping mengekalkan cara lama dalam menyampaikan maklumat,” tambahnya.

Wayang pacak yang kini telah dijenamakan semula dengan nama Layar Bestari merupakan tayangan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bermula sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, yang mana ia merupakan tayangan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Jelebu Abd Halim Jumat, Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Ulu Klawang.

-AK

Tinggalkan komen anda