Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PEKB Penjenamaan Semula AZAM Bandar

By 30 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar diadakan bagi memberi pendedahan, berkongsi pengalaman dan kejayaan serta meluaskan jaringan perniagaan antara peserta yang datang dari seluruh negara serta dilihat dapat melahirkan lebih ramai usahawan daripada golongan B40.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata bidang keusahawanan bukan sahaja dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan negeri malah turut bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan masyarakat.

“Konvensyen ini bertujuan memberi pendedahan, berkongsi pengalaman dan kejayaan serta meluaskan jaringan perniagaan antara peserta yang datang dari seluruh negara dan ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya daripada golongan B40 supaya mereka mampu berdikari dan bebas daripada kesempitan hidup,” katanya ketika merasmikan konvensyen tersebut, di sini hari ini.

Mukhriz turut menjenamakan semula program AZAM Bandar kepada Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau singkatannya PEKB.

“Dengan penjenamaan semula PEKB matlamat utama program masih sama iaitu meningkatkan kemahiran kumpulan sasar golongan B40 supaya mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi.

“Kehebatan perancangan dan pelaksanaan program PEKB tidak akan memberi apa-apa  makna jika pelaksanaan dan pemantauan tidak dilaksanakan dengan baik dan diharap peserta yang terpilih menggunakan peluang keemasan ini bagi memajukan diri,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda