Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Robotik Diperkenalkan Di Tiga Sekolah Di Batu Pahat

By 30 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Noor Hidayah Mohd Izam/Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Robotik merupakan istilah bagi sains dan teknologi robot yang merangkumi reka bentuk, pengeluaran dan penggunaan serta memerlukan seseorang itu mahir dalam bidang elektronik, mekanikal dan juga perisian komputer.

Robot merupakan peranti biomekanik yang digunakan bagi menggantikan manusia dalam melakukan tugas-tugas sulit yang terlalu berbahaya terutamanya dalam industri pembuatan atau misi angkasa lepas di mana bidang robotik ini sudah lama bertapak di luar negara tetapi ianya amat asing dan masih baru di Malaysia.

Wakil MyRobot memberi penerangan kepada guru-guru bagaimana sistem perisian dilakukan untuk pergerakan sebuah robot.

Wakil MyRobot memberi penerangan kepada guru-guru bagaimana sistem perisian dilakukan untuk pergerakan sebuah robot.

Lions Club Batu Pahat dengan kerjasama Kolej Komuniti Batu Pahat, Kolej Kemahiran Tinggi Malaysia (KKTM) Batu Pahat dan ADTEC Batu Pahat telah memperkenalkan program Fun and Games Introduction To Robotics kepada tiga buah sekolah di Batu Pahat iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Merlong, Sekolah Kebangsaan Banang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam bagi memberi dorongan, pemahaman dan menyemai minat kepada pelajar dalam bidang robotik.

“Program yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan permulaan bagi melatih para pelajar  mendalami bidang robotik selama 10 tahun dan mendalami sebanyak 6 fasa modul bagi membentuk pakar robotik negara di mana prestasi pelajar ini akan dipantau sehingga mereka layak untuk menyertai pertandingan robotik di peringkat antarabangsa.

Para pelajar diberi penerangan bagi mengendalikan robot oleh wakil dari MyRobot.

Para pelajar diberi penerangan bagi mengendalikan robot oleh wakil dari MyRobot.

“Pelajar yang mempunyai potensi akan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut bagi mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada pakar dari negara luar,” ujar Pengerusi Perkhidmatan Lions Club Batu Pahat, Richard Chan Shao Hua.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Zahid Ibrahim, “Kami bernasib baik hidup dalam generasi yang penuh dengan kemajuan teknologi dan banyak pekerjaan telah diambil alih oleh mesin dan perisian.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon bergambar kenangan bersama wakil-wakil Lions Club Batu Pahat.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon bergambar kenangan bersama wakil-wakil Lions Club Batu Pahat.

“Robotik dan AI mempunyai tempat yang istimewa dalam kemajuan hari ini dan ia merupakan ilmu teknologi yang membangunkan kecerdasan dan kemampuan seperti manusia dalam melakukan tugas-tugas kompleks dan secara teratur,” katanya lagi.

Wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang Rahman Idris dalam ucapan perasmiannya berkata di jalan raya kita lihat bagaimana lampu isyarat telah mengambil alih tugas polis mengawal lalu lintas selama 24 jam sehari, di televisyen juga kita lihat bagaimana aplikasi teknologi menggunakan kebolehan intelektual, kejuruteraan, fizik gunaan serta kemahiran hidup survival boleh diaplikasikan dengan apa yang ada di sekitar.

Pengenalan robotik disambut baik oleh para guru dan pelajar SK Banang Jaya.

Pengenalan robotik disambut baik oleh para guru dan pelajar SK Banang Jaya.

“Kemajuan teknologi semakin canggih dan kita seharusnya setanding dengan negara maju dalam bidang teknologi ini,” ujarnya lagi.

Program ini akan mengenal pasti 6 pelajar yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili sekolah masing-masing ke pertandingan robotik peringkat nasional pada tahun hadapan.

-NI-

Tinggalkan komen anda