Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Penurunan Bendera AT 450, Paluan Berundur MK 5 Briged

By 4 September 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 4 Sept (Malaysiaaktif) – Upacara menurunkan bendera Angkatan Petugas 450 (AT450) dan Paluan Berundur Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (MK 5 Bgd) telah disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi di Kem Lok Kawi, pada Selasa.

Upacara Paluan Berundur MK 5 Bgd yang diadakan di Padang Kawat Rejimen Keenam Artileri Diraja (6 RAD) Kem Lok Kawi itu diadakan sebagai proses rejimental bertujuan bagi memperingati sejarah sesebuah formasi pasukan.

Pegawai Memerintah Batalion 22 RAMD, Leftenen Kolonel Mohd Ridzwan Abdullah memberi arahan kepada kontinjen perbarisan TDM AT 450.

Pegawai Memerintah Batalion 22 RAMD, Leftenen Kolonel Mohd Ridzwan Abdullah memberi arahan kepada kontinjen perbarisan TDM AT 450.

Menurut Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa MK 5 Bgd telah ditubuhkan di Tawau pada 1 Januari 1964 dan telah berpindah ke Kem Lok Kawi pada 9 Oktober 1970.

Upacara Paluan Berundur tersebut memperlihatkan bahawa MK 5 Bgd akan berpindah ke Kem Paradise Kota Belud setelah beroperasi di Kem Lok Kawi selama 49 tahun.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menerima tabik hormat kontinjen perbarisan TDM AT 450.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menerima tabik hormat kontinjen perbarisan TDM AT 450.

Menurut kenyataan itu, ia selaras dengan pemodenan dan penetapan oleh pucuk pimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM), bahawa 2019 merupakan tahun latihan dan penjajaran yang mana terdapat keperluan TDM untuk menjajarkan semula struktur pemerintahan.

Salah satu daripada keperluan penjajaran tersebut adalah memperkemas struktur organisasi TDM di Sabah, dengan menempatkan semula MK AT 450 ke Kem Lok Kawi yang bertukar designasi kepada Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div).

Upacara menurunkan bendera AT 450.

Upacara menurunkan bendera AT 450.

Menurut kenyataan tersebut juga,  MK AT 450 yang ditubuhkan pada 27 Mac 2014 berlanjutan daripada Insiden Lahad Datu mula beroperasi di Kem Lok Kawi namun berpindah ke Kem Paradise, Kota Belud pada 15 April 2015.

Penempatan tersebut adalah bagi mempertingkatkan kecekapan pemerintahan, kawalan dan komunikasi dalam menjaga keamanan dan keselamatan negeri Sabah.

Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah (kanan) menyerahkan bendera AT 450 yang diturunkan kepada Panglima Tentera Darat (kiri).

Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah (kanan) menyerahkan bendera AT 450 yang diturunkan kepada Panglima Tentera Darat (kiri).

Upacara pada petang Selasa tersebut dimulakan dengan penerimaan tabik hormat PTD daripada kontinjen perbarisan TDM AT 450 berkekuatan 12 pegawai dengan 685 anggota diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD), Leftenan Kolonel Mohd Ridzwan Abdullah.

Kemuncak acara adalah upacara menurunkan bendera AT 450 dan bendera 5 Bgd diiringi tiupan paluan akhir (last post) sebagai simbolik pertukaran designasi MK AT 450 kepada 5 Div serta perpindahan MK 5 Bgd dari Kem Lok Kawi ke Kem Paradise Kota Belud.

 

Panglima 5 Bgd, Brigadier Jeneral Muhammad Hafizuddein Jantan (kiri) menyerahkan bendera 5 Bgd kepada Panglima Tentera Darat (kanan) sebelum dibawa keluar dari Kem Lok Kawi untuk dikibarkan di Kem Paradise Kota Belud.

Panglima 5 Bgd, Brigadier Jeneral Muhammad Hafizuddein Jantan (kiri) menyerahkan bendera 5 Bgd kepada Panglima Tentera Darat (kanan) sebelum dibawa keluar dari Kem Lok Kawi untuk dikibarkan di Kem Paradise Kota Belud.

Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah kemudiannya menyerahkan bendera AT 450 yang diturunkan kepada PTD sebagai simbol persemadian AT 450.

Bagi bendera 5 Bgd, Panglima 5 Bgd, Brigadier Jeneral Muhammad Hafizuddein Jantan menyerahkan bendera tersebut kepada PTD dan seterusnya diserahkan kepada wakil anggota 5 Bgd sebagai simbolik bendera tersebut dikibarkan di Kem Paradise Kota Belud.

Panglima Tentera Darat menandatangani Plat Paluan Berundur 5 Bgd di Padang Kawat 6 RAD Kem Lok Kawi.

Panglima Tentera Darat menandatangani Plat Paluan Berundur 5 Bgd di Padang Kawat 6 RAD Kem Lok Kawi.

Pada majlis yang sama PTD turut menandatangani Plat Paluan Berundur 5 Bgd serta melancarkan buku kompilasi Puisi dan Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat jilid keempat.

Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Nazri Mami dan  Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

ER

Tinggalkan komen anda