Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeSabah

5 Div, 13 BGD Dilancarkan

By 4 September 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Ahmad Sarujin Seting/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 4 Sept (Malaysiaaktif) – Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 BGD) dilancarkan di padang Kawad Rejimen Ke-enam Artileri Diraja, Kem Lok Kawi pagi tadi.

Ahmad Hasbullah memeriksa perbarisan Kontinjen perbarisan seramai 12 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat TDM yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Sempadan (8 RS), Leftenan Kolonel Mohd Johaizad Jarudin.

Ahmad Hasbullah memeriksa perbarisan Kontinjen perbarisan seramai 12 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat TDM.

Panglima Tentera Darat (PTD) , Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, penubuhan 5 Div dan 13 Bdg adalah bagi memperkemaskan struktur organisasi berkenaan berdasarkan kepada perkembangan geostrategik semasa.

“Insiden Lahad Datu beberapa tahun dahulu adalah tamparan kepada negara, sehingga kini keselamatan Sabah kekal sebagai salah satu agenda utama nasional.

Ahmad Hasbullah menandatangani plak perasmian pelancaran Pengoperasian Formasi 5 Div dan 13 Bgd.

Ahmad Hasbullah menandatangani plak perasmian pelancaran Pengoperasian Formasi 5 Div dan 13 Bgd.

“Penubuhan Markas Angkatan Petugas 450 dan 13 Briged Esscom adalah bagi memperkukuhkan keselamatan di sini amatlah bertepatan.

“Perkembangan geostrategik semasa mewajarkan struktur organisasi Tentera Darat (TD) di Sabah diperkemaskan,” ujarnya.

Ahmad Hasbullah (tengah) dan tetamu jemputan bergambar kenangan bersama kontinjen perbarisan dan anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah.

Ahmad Hasbullah (tengah) dan tetamu jemputan bergambar kenangan bersama kontinjen perbarisan dan anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah.

Tambah Ahmad, matlamat penubuhan dua organisasi tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada semua pihak.

“Angkatan Petugas 450 sewajarnya ditukarkan destinasinya. Maka lahirlah 5 Div, manakala 13 Bgd Esscom pula mulai sekarang dinamakan 13 Bgd sejajar dengan pelan strategik TD untuk menjadikan kawasan ini juga suatu kawasan yang strategik.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

“Ini memerlukan penjawatan, keanggotaan, aset, infrastruktur dan yang utamanya kebajikan warga TD. Inisiatif kerajaan memberikan keperluan keselamatan di Sabah amatlah dihargai dan bagi pihak TD, jutaan terima kasih kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri atas segala bantuan dan kerjasama yang telah diberi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah turut menyeru warga TD agar memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

“Kekal dan tingkatkan semangat juang, sikap positif serta taat kepada pemimpin selain tentukan kesiapsiagaan tertinggi kawasan operasi dan memastikan semua aset dikawal dengan rapi.

“Saya juga tidak akan berkrompomi dengan isu-isu keselamatan, sikap ambil mudah dan sambil lewa dan saya tegaskan atas isu-isu ini dan kita tidak boleh membenarkan negeri Sabah dicabul lagi,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada pelancaran tersebut.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

Untuk rekod, 5 Div sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Petugas 450 (AT 450) yang ditubuhkan pada 27 Mac 2014 di Kem Lok Kawi dan kemudian dipindahkan ke Kem Paradise, Kota Belud pada 15 April 2015.

Penubuhannya selepas insiden Lahad Datu bertujuan untuk melaksanakan tugas merancang, memerintah dan mengawal semua operasi daratan Sabah.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

Antara persembahan pada pelancaran tersebut.

Sementara itu, designasi 13 Bgd (Esscom) turut ditukarkan kepada 13 Bgd bagi mengukuhkan 5 Div untuk meningkatkan pertahanan di Malaysia Timur (Sabah/Sarawak).

Hadir sama pada majlis ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Nazir Mami; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain; Panglima 5 Div, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 13 Bgd, Brigadier Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

ER

Tinggalkan komen anda