Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Ewon Sumbang RM10,000 untuk Kinabalu Press Award

By 10 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan touchpoints menteri sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) sebagai sokongan kepada Majlis Kinabalu Press Awards (KPA) 2019, pada 25 November ini.

Beliau berkata, sumbangan itu adalah tanda penghargaan dan sokongan beliau atas kerjasama dan peranan pihak media membantu melaporkan berita-berita berkaitan KPLB selama ini.

“Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan media Sabah atas kerjasama dan peranan membantu hebahan media selama ini.

“Saya juga bersetuju menerima jemputan SJA untuk turut sama hadir ke Majlis Kinabalu Press Awards 2019.

“Sebagai tanda penghargaan dan sokongan, saya menyampaikan sumbangan touchpoints menteri sebanyak RM10,000 kepada SJA untuk penganjuran malam anugerah tersebut, sepertimana sokongan yang turut sama diberikan oleh Ahli Jemaah Menteri Sabah yang lain,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian menyampaikan sumbangan itu kepada Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar semasa kunjungan hormat SJA, di pejabatnya, di sini, pada Rabu.

Kunjungan itu bertujuan menyampaikan jemputan SJA ke Majlis KPA 2019.

Majlis pengiktirafan pengamal media ini dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

ER

Tinggalkan komen anda