Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

KPLB Sabah Kerjasama dengan Mentor Bangunkan Mesej Pertanian

By 10 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KENINGAU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan bekerjasama dengan Mentor Pertanian Negara, Datuk Yap Yun Fook untuk membangunkan Program Mini Estate Sejahtera (Mesej) Pertanian.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kepakaran Datuk Yap yang juga usahawan pertanian tersohor Asia amat berguna bagi membangunkan tanah-tanah milik KPLB yang belum diusahakan sebagai Mesej Pertanian.

Ewon melawat rumah burung walit Datuk Yap (kiri).

Ewon melawat rumah burung walit Datuk Yap (kiri).

“KPLB mempunyai kawasan tanah yang belum diterokai dan kita cadangkan ia dibangunkan untuk tanaman yang mempunyai nilai komersil yang disyorkan oleh beliau (Datuk Yap).

“Peserta Mesej akan tanam dan Datuk Yap akan membeli hasil tanaman itu daripada peserta Mesej. Ini satu kerjasama yang baik.

“Bagaimanapun kita akan muktamadkan kemudian selepas mengadakan perbincangan rasmi dengan Datuk Yap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasan perusahaan pelbagai jenis ternakan dan tanaman milik Datuk Yap di Kampung Ansip Keningau, pada Selasa.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, kabinet negeri telahpun bersetuju supaya KPLB Sabah menerokai tanaman lain, selain tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

Ewon (dua dari kanan), dan Fredian (tiga dari kanan) mendengar taklimat ringkas daripada Datuk Yap mengenai perusahaannya.

Ewon (dua dari kanan), dan Fredian (tiga dari kanan) mendengar taklimat ringkas daripada Datuk Yap mengenai perusahaannya.

“Selepas meninjau dan melihat sendiri kejayaan perusahaan pelbagai jenis ternakan dan tanaman Datuk Yap, saya percaya kepakaran beliau dalam bidang pertanian boleh dimanfaatkan untuk membangunkan Mesej Pertanian dengan lebih baik lagi.

“Datuk Yap selaku penasihat kepada kerajaan negeri dalam sektor pertanian telah memberi input berguna kepada KPLB Sabah kerana kita mempunyai kawasan tanah yang belum dibangunkan untuk Mesej Pertanian,” katanya.

Rombongan KPLB turut dibawa melawat penternakan ikan tilapia, burung walit, lembu, kambing, pemprosesan baja kompos dan tanaman nanas.

Datuk Yap mula mengusahakan sektor penternakan bermula dengan dua ekor lembu pada tahun 1982 kini menjadi seorang pengusaha berjaya.

Projek Ternakan Tenusu di Ladang Eco Yap di Keningau merupakan satu projek EPP yang berjaya di Sabah dan diisytihar sebagai pengeluar susu segar terbesar di Malaysia.

Ewon melawat pusat ternakan lembu milik Datuk Yap.

Ewon melawat pusat ternakan lembu milik Datuk Yap.

Ladang tenusu itu adalah antara ladang termoden di Malaysia dengan berkonsepkan mesra alam.

Yap merupakan penerima Malaysian Livestock Industry Award 2018, Panel Bengkel Hala Tuju Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Professor Adjung Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Anggota Majlis Penasihat Pertanian Malaysia.

Turut serta dalam lawatan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis; Setiausaha Tetap KPLB Sabah,Fredian Gan; Pegawai Daerah Keningau, Hassan Mahali dan para pegawai KPLB Sabah.

ER

Tinggalkan komen anda