Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Komuniti Harapan Malaysia Ejen Penyebaran Maklumat

By 17 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Penubuhan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) berperanan  membantu menyampaikan maklumat dasar kerajaan di samping memenuhi aspirasi rakyat serta mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunos, berkata KHM memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan orang awam terhadap dasar-dasar kerajaan dan memperkasakan jaringan komunikasi.

“Ahli Jawatankuasa KHM juga bertanggungjawab membantu mengumpul segala maklum-balas mengenai harapan, aspirasi dan isu-isu semasa yang dihadapi komuniti setempat dan perkara ini  penting supaya maklumat dari akar umbi akan sampai kepada kerajaan untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya semasa ditemui pada Program Sepakat Komuniti Harapan Malaysia Peringkat Daerah Rembau 2019 yang berlangsung di Dewan Agora Rembau, di sini Ahad lalu.

WhatsApp Image 2019-10-16 at 09.39.25

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Tambah Malini lagi, dengan adanya program sebegini, matlamat tersebut dapat dizahirkan di mana empat KHM iaitu KHM Chembong, KHM Kundur, KHM Sawah Raja serta KHM Batu Hampar dapat dikumpulkan dalam menjayakan majlis ini.

Setiap KHM diberikan peranan dalam menguruskan acara agar mereka dapat memahami serta berinteraksi dan seterusnya menyampaikan dasar-dasar kerajaan dengan cara yang mudah difahami oleh masyarakat setempat.

Dalam pada itu, pelbagai acara turut dilaksanakan dalam program tersebut antaranya adalah futsal, sepak raga bulatan, pertandingan mewarna kanak kanak serta bengkel solekan.

Program Sepakat Komuniti Harapan Malaysia Peringkat Daerah Rembau 2019 ini telah dirasmikan oleh Pegarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan Mejar (K) Haji Sabarudin Yeop Hamza serta dihadiri oleh Penyelaras DUN Chembong Haji Azizan Marzuki, Penyelaras DUN Kota Sahrizal Masrudin dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Rembau.

-AK

Tinggalkan komen anda