Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lebih 90 Warga Kerja KPLB Sabah Jayakan Hari Sukan Kementerian

By 17 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 90 warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) menjayakan Kejohanan Badminton Kelab Sukan KPLBS pada Program Hari Sukan Peringkat kementerian sempena Bulan Sukan Negara.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick di Dewan KPLBS, baru-baru ini.

Dua kategori dipertandingkan pada kejohanan itu, iaitu bergu lelaki dan wanita dan bergu campuran.

Selain badminton, acara lain yang turut diadakan ialah pertandingan sukan tradisi boling kelapa, dart serta cabutan tiket bertuah.

Pada program tersebut, tempat pertama dimenangi Pasukan Setiausaha Tetap (SUT), tempat kedua Kumpulan Menteri KPLB, Pasukan Pembantu Menteri 1 (ketiga) dan Pasukan Pembantu Menteri 2 (keempat).

JUARA … Fredian (berdiri, tengah) bergambar bersama pasukannya.

JUARA … Fredian (berdiri, tengah) bergambar bersama pasukannya.

Pada majlis itu Ewon berharap acara sukan seumpama itu dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama sebagai satu pasukan di KPLB Sabah.

“Kejohanan badminton ini bukan sekadar untuk pengisian sambutan Bulan Sukan Negara peringkat KPLB Sabah tetapi juga memberi peluang kepada para pegawai dan kakitangan kementerian merapatkan silaturahim dan kerjasama sebagai satu pasukan kerja.

“Tahniah kepada Kelab Kebajikan dan Rekreasi KPLB Sabah atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Badminton ini,” katanya.

Turut hadir Pembantu-pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis dan Dumi Pangiran Masdal; Setiausaha Tetap KPLB, Fredian Gan; Timbalan Setiausaha Tetap, Aftar Nurajat; pegawai-pegawai kanan serta kakitangan kementerian.

ER

Tinggalkan komen anda