Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PPPPPM Labuan Bakal Ada ‘Rumah’ Sendiri

By 4 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Daerah Labuan bakal mempunyai pejabat sendiri apabila Jabatan Pendidikan Labuan akan menyerahkan sebuah bekas rumah guru yang terletak di Kampung Bukit Kalam sebagai pusat operasi mereka.

Menurut Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin, dengan adanya rumah itu diharap PPPPPM Labuan dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan lebih baik dan selesa.

“Pihak Jabatan akan sentiasa membantu pesara guru selagi boleh kerana jasa mereka kepada pembangunan negara serta pembentukan modal insan di negara ini amat besar.

“Saya akan menggalakkan guru-guru yang akan bersara dan pesara-pesara baharu untuk menjadi ahli persatuan ini bagi terus dapat memainkan peranan dalam masyarakat menerusi program-program yang dilaksanakan PPPPPM,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Mesyuarat PPPPPM Negeri Sabah, di sini baru-baru ini.

Raisin ketika menyampaikan ucapan aluan.

Raisin ketika menyampaikan ucapan aluan.

Raisin turut merakamkan penghargaan kepada PPPPPM kerana sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan pihak Jabatan Pendidikan sekaligus berganding-bahu bersama-sama menyumbang terhadap pembangunan pendidikan negara.

Sementara itu, Yang Dipertua PPPPPM Negeri Sabah Datuk Zulkifli Jaafar, berkata pihaknya amat berterima kasih atas keprihatinan Jabatan Pendidikan Labuan ke atas PPPPPM Cawangan Negeri Sabah.

“Terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Labuan kerana sudi hadir dalam mesyuarat kali ini dan keputusan untuk meminjamkan satu bilik khas yang baharu sebagai pejabat Cawangan Daerah Labuan dalam masa terdekat ini, satu rahmat buat kami,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa PPPPPM SABAH akan mengadakan beberapa program dalam masa terdekat.

“Majlis Makan Amal Peringkat Negeri akan diadakan awal tahun 2020 di Kota Kinabalu dan Ahli Jawatankuasa (AJK) telah pun dibentuk dan mesyuarat AJK pengelola yang kedua akan diadakan dalam bulan Oktober ini.

“Tujuannya bagi mengumpul dana persatuan untuk mengadakan aktiviti seperti mesyuarat, sambutan hari raya, hari keluarga, program sukan, lawatan dan lain-lain lagi,” katanya lagi.

Hadir sama Pengerusi PPPPPM Cawangan Daerah Labuan Datin Dayang Pungut Abdul Jalil, Guru Besar SK Pekan Dua Dayang Damit Md Yassin dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PPPPPM Cawangan Negeri Sabah dan Labuan.

-SH

Tinggalkan komen anda