Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tukar Sampah Jadi Beras

By 18 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Mohd Yusof Hj. Abd Samad (Tangkak)

TANGKAK, 18 Nov (Malaysiaaktif) –  Program Tukar Sampah Jadi Beras sempena Sambutan Ulang Tahun Hijrah Water yang ke-13 telah diadakan di perkarangan Syarikat Hijrah Water Cawangan Tangkak, di sini, semalam.

Pengurus Hijrah Water Cawangan Tangkak, Muhamad Mohd Diah melalui ucapannya menyatakan bahawa matlamat utama program ini adalah untuk mengajak seluruh masyarakat agar sentiasa prihatin dengan kebersihan dan persekitaran.

Manakala Pegawai Daerah Tangkak, Shafei Ahamad dalam ucapannya mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa amalan kebersihan adalah sebahagian tuntutan dalam ajaran agama Islam.

Pengurus Indah Water Cawangan Tangkak, mengajak seluruh masyarakat agar sentiasa prihatin dengan kebersihan dan persekitaran.

Pengurus Hijrah Water Cawangan Tangkak, mengajak seluruh masyarakat agar sentiasa prihatin dengan kebersihan dan persekitaran.

“Sikap membuang sampah merata-rata, apatah lagi membuang sampah daripada kenderaan masing-masing adalah amalan tidak bertanggungjawab yang wajar dihentikan segera.

“Sebagai masyarakat bertamadun, marilah kita amalkan gaya hidup sihat yang pastinya akan membentuk satu persekitaran yang indah dan segar,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dalam ucapan perasmiannya turut menyatakan bahawa memelihara alam sekitar dan kebersihan adalah tanggungjawab bersama.

Orang ramai yang hadir membawa sampah untuk ditukar kepada beras.

Orang ramai yang hadir membawa sampah untuk ditukar kepada beras.

“Jika persekitaran kita tercemar, udara menjadi tidak bersih dan pasti keadaan ini akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

“Marilah kita bersama-sama menghayati program hari ini di mana kita perlu sedar bahaya sampah boleh mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan masyarakat sejagat,” ujarnya lagi.

Program ini mengajak orang ramai yang membawa sampah untuk ditukar kepada beras di mana acara  penyampaian beras diharap mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dan prihatin tentang alam sekitar.

Rodziah Salam, 40, yang sempat ditemu bual menyatakan bahawa program sebegini dapat mengingatkan orang ramai tentang amalan kebersihan yang wajar dipraktikkan bukan saja di rumah malah di kawasan persekitaran masing-masing.

Program ini telah dihadiri lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Rukun Tetangga.

-NI-

Tinggalkan komen anda