Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jelajah Sepakat@Komuniti Jasin Melabuhkan Tirai

By 4 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhasnani Abdul Wahad (Melaka)

JASIN, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Program Sepakat@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Melaka bagi tahun 2019 melabuhkan tirai di Taman Kesang Damai, Jasin, baru-baru ini.

Program berbentuk turun padang dan sesi ‘engagement‘ bersama rakyat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti merangkumi konsep pemasaran maklumat melalui gabungan empat komponen aktiviti utama, iaitu Pemimpin Bersama Rakyat, Pameran Bersepadu ‘Caring Bridge’ dengan memfokuskan inisiatif kerajaan, program kerohanian dan aktiviti riadah seperti sukan rakyat dan hiburan berinformasi serta pengisian berbentuk jalinan kasih.WhatsApp Image 2019-12-04 at 14.17.08 (1)

Menurut Penolong Pengarah JaPen Melaka, Nurhasnani Abdul Wahab, sebanyak 35 program di peringkat komuniti, 15 peringkat sekolah menengah melalui Kelab Malaysiaku, tiga di peringkat daerah dan satu di peringkat negeri telah dilaksanakan bermula bulan Julai yang lalu.

“Program Sepakat@Komuniti ini adalah jenama program Jabatan Penerangan yang dilaksanakan di peringkat komuniti, daerah dan negeri. Ianya dilaksanakan secara “road show” di setiap daerah dan komuniti dengan pemilihan tempat adalah berdasarkan kesesuaian dan akan dipastikan akan dilaksanakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Penerangan iaitu Komuniti Harapan Malaysia (KHM),” ujar Nurhasnani.WhatsApp Image 2019-12-04 at 14.18.02

Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Kesang Luar, Brakasam S.N Kaliapan, berkata “Saya teruja dan gembira atas pemilihan program Sepakat@Komuniti Peringkat Daerah Jasin di sini dan turut mendapat kerjasama yang baik daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kehadiran penduduk amat baik apabila lebih 500 orang hadir dan menyertai pelbagai pengisian merangkumi penyertaan pelbagai umur daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa.

“Kami juga mendapat manfaat menerima maklumat daripada kerajaan termasuklah Bajet 2020 Negeri Melaka, inisiatif e-kasih, Peka B40 dan pelbagai maklumat inisiatif kerajaan daripada pelbagai agensi,” ujarnya.

Masjlis perasmian telah disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar, turut hadir Penghulu DUN Bemban, Zainal Salam mewakili Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan.WhatsApp Image 2019-12-04 at 14.17.09

Tinggalkan komen anda