Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bantuan Universiti Awam dan Swasta Bantu Ringankan Beban Pelajar

By 20 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 200 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Awam dan Swasta dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam dibantu dalam melunaskan yuran pengajian.

Menurut Pegawai Khas ADUN Sidam Asmaton Asma Mohd Kasim, sepanjang tahun lalu seramai dua ratus orang menerima sumbangan pelajar ke Universiti Awam dan Swasta dari kerajaan negeri.

β€œBantuan itu telah ditingkatkan oleh kerajaan Negeri Kedah dari RM250 kepada RM300 yang bertujuan mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga dalam membuat persiapan awal anak-anak mereka ke Universiti Awam dan Swasta di seluruh negara,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Dalam pada itu, ADUN Kawasan Sidam merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Sungai Petani Dr. Robert Ling Kui Ee, berkata bagi belia yang menerima surat tawaran ke pusat pengajian ini boleh memohon bantuan pelajar di Pejabat ADUN.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia kerana sentiasa memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat yang jelas dan terperinci kepada masyarakat.

Graduan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Kemahiran Malaysia Nasuha Mohd Nasrul, cukup berterima kasih atas bantuan yang diterima ini.

β€œDengan bantuan ini dapatlah mengurangkan sedikit beban bapa yang merupakan seorang penoreh getah manakala ibu hanyalah seorang suri rumah,” ujar anak bongsu daripada tiga beradik ini.

-SH

Tinggalkan komen anda