Skip to main content
Berita TengahKuala Lumpur

DBKL Peruntuk RM50Juta Bagi 250 Kontraktor G1

By 17 Januari 2020Oktober 5th, 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Nor Liza Tengku Yahya/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 250 kontraktor kecil kelas G1 bakal mendapat peluang pekerjaan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun ini.

DBKL memperuntukkan RM50 juta untuk tujuan ini dengan menetapkan had siling sebanyak RM200,000.00 bagi setiap kontraktor.

“Sebagai contoh, kerja-kerja pembaikian dewan-dewan yang telah diambil alih untuk diserahkan kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan kerja-kerja persediaan sambut tiga (3) acara besar pada tahun ini, iaitu Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), KL Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) serta Visit Malaysia 2020″.

“Kita akan membuka tender atau membuat cabutan kerana kita mahu memastikan bandaraya Kuala Lumpur dalam keadaan baik dan dijaga daripada segi kebersihan, perkhidmatan, keselamatan dan sebagainya memandangkan ia menjadi tumpuan ramai pada tahun ini,” jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Menurut beliau, jumlah ini merupakan dana tambahan daripada Belanjawan DBKL 2020 yang meliputi skop kerja awam, elektrik, mekanikal dan perkhidmatan.

“Seramai 133 kontraktor telah berjaya dilantik oleh DBKL untuk kerja-kerja secara undian pada tahun 2018 manakala pada 2019, sejumlah 145 kontraktor berjaya dilantik untuk kerja-kerja yang sama”, katanya lagi.

Perolehan ini dijangka akan bermula pada Februari ini.

-AO

Tinggalkan komen anda