Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kelab Doktor Muda Bantu Cegah Influenza A

By 16 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Peningkatan kes Influenza A di Pulau Pinang telah mendorong Kelab Doktor Muda (KDM) Daerah Seberang Perai Tengah untuk mengambil inisiatif bagi mengadakan Sesi Taklimat Pencegahan Influenza A di sekolah daerah ini.

Aktiviti ini adalah kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan KDM Daerah Seberang Perai Tengah.

Antara peserta KDM yang menyampaikan taklimat

Antara peserta KDM yang menyampaikan taklimat

Selain menyampaikan maklumat secara terus, program seperti ini juga dapat menarik minat murid-murid untuk mengambil maklum situasi wabak yang sedang melanda negara ini.

Antara peserta yang menyampaikan taklimat dan maklumat berkaitan Influenza A

Antara peserta yang menyampaikan taklimat dan maklumat berkaitan Influenza A

Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah juga telah turun padang bagi membuat hebahan umum melalui PMR Mobile atau SPTZoomers mengenai gejala influenza A selain dari hebahan melalui media sosial dan aktiviti turun padang yang turut dilakukan kepada masyarakat setempat.

Peserta KDM juga turut bertemu pelajar sambil memberi penerangan

Peserta KDM juga turut bertemu pelajar sambil memberi penerangan

Peserta KDM yang menyampaikan taklimat adalah Aimi Farhana dari SK Pauh Jaya, Alya Farini Azmi dari SK Bandar Baru Perda, Muhd Azfar bin Aznuddin dari SK Taman Inderawasih, Sim Ru Jing dari SJKC True Light serta Nor Ain Sorfina Syaiful Azhar dan Zulkarnain Zamrie dari SK Machang Bubuk 2.

-ii-

Tinggalkan komen anda