Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kempen Getting Langkawi Island To Zero (GLITZ) by 2030 Dipergiat

By 16 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (Langkawi)

LANGKAWI, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Bagi mencapai Langkawi sifar HIV/AIDS, satu kempen telah dilancarkan pada 9 November 2019 yang dinamakan Getting Langkawi Island to Zero(GLITZ) by 2030 di mana ianya menyasarkan tiga objektif utama iaitu sifar kes baru HIV, sifar kematian disebabkan HIV dan sifar diskriminasi berkaitan HIV.

Penghulu Mukim Padang Matsirat Abdul Malik Abd. Aziz, berkata sambutan Hari AIDS Sedunia 2019 wajar diadakan bagi meneruskan kempen yang telah dilancarkan pada tahun lepas bagi mempergiatkan usaha dalam menangani jangkitan HIV/AIDS khususnya di daerah Langkawi ini.

“Hari AIDS sedunia disambut setiap tahun pada 1 Disember di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan HIV dan langkah-langkah pencegahan serta rawatan dengan hasrat mengakhiri AIDS pada tahun 2030 nanti.

“Sejajar dengan tahun baharu ini tema Sambutan Hari AIDS Sedunia ialah ‘Komuniti Membawa Perubahan’,” katanya ketika ditemui di Dataran Chenang, di sini hari ini.

Menurut Abdul Malik, tema yang dipilih dilihat cukup baik, ini kerana masyarakat memainkan peranan yang amat penting dalam membawa arus perubahan ke arah taraf kesihatan yang sejahtera.

“Selain masyarakat, peranan anggota kesihatan juga amat penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit HIV dan AIDS serta faktor penyebarannya bagi mengurangkan stigma dan diskriminasi berkaitan HIV/AIDS ini.

“Saya menyeru semua golongan masyarakat terutamanya mereka daripada kalangan populasi berisiko utama untuk mendekati badan-badan NGO bagi mendapatkan maklumat dan sokongan tentang status HIV mereka serta berani untuk tampil menjalani ujian saringan dan seterusnya mendapatkan rawatan tanpa berlengah,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda