Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Penerangan Terus Santuni Rakyat Dengan Maklumat Terkini

By 18 Januari 2020Oktober 5th, 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor/Halimah Abd Ghani (Daerah Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah menggandakan usaha dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan yang terkini terus kepada peringkat akar umbi agar tidak ketinggalan.

Satu sesi perkongsian mengenai e-Tunai Rakyat yang merupakan inisiatif terbaru diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan di mana setiap individu layak menerima sebanyak RM30 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM1, 000 setahun.

Perkongsian maklumat yang diberikan Puan Nurul Wahida Mohd Noor

Perkongsian maklumat yang diberikan Puan Nurul Wahida Mohd Noor

Tempoh tebus nilai adalah bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020. Program rangsangan digital ini berjumlah Ringgit Malaysia 450 Juta yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan di bawah Belanjawan 2020, Lim Guan Eng,.

Kerajaan telah menetapkan tiga penyedia utama yang boleh dipilih iaitu Touch N Go, Boost dan juga Grab. Walaubagaimanapun, nilai tebus ini dapat digunakan untuk pembelian barangan dan perkhidmatan yang tersedia menerusi e-dompet yang menjadi pilihan setiap individu.

Kaum ibu dan suri rumah turut tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat mengenai e-Tunai.

Kaum ibu dan suri rumah turut tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat mengenai e-Tunai.

MPKK Pengkalan Tambang telah menjemput pihak Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dan mengucapkan terima kasih untuk sesi perkongsian dalam membantu ahli jawatankuasa MPKK serta masyarakat setempat mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan kemudahan e-wallet.

Di samping itu, pihak Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah turut mempromosikan kempen scan QR code FB Page Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang.

ii-

 

Tinggalkan komen anda