Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pemandu Teksi Dan Pengusaha Bas Sekolah Dihargai Melalui Pemberian Insentif Perkhidmatan

By 18 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mastura Mohamed Rowther (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan RM 618, 300 sumbangan wang insentif kepada 2, 061 pemandu teksi dan 510 pengusaha bas sekolah juga turut menerima insentif sebanyak RM 153, 000 yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

Majlis Penyerahan Insentif Perkhidmatan Teksi dan Bas Sekolah Tahun 2020 yang diadakan bertempat Auditorium Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Turut hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Azhar Arshad dengan dihadiri seramai 1, 500 orang penerima insentif.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di dalam ucapannya berkata “Pemberian insentif ini diharap dapat digunakan dengan bijak serta mampu meringankan beban pemandu teksi dan juga pengusaha bas sekolah dalam meneruskan kelangsungan hidup.”

Di antara yang hadir menjayakan program

Di antara yang hadir menjayakan program

Selain itu, beliau juga berharap menjelang tahun 2030, Pulau Pinang akan mencapai tahap bandar antarabangsa dan antara salah satu aspek penting untuk mencapai tahap itu adalah dengan kemampuan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampan dan efisien.

“Insentif ini juga menunjukkan kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan serta khidmat bakti semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah kepada perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang.”

Sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang

Sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Pemandu Teksi Pulau Pinang, Mohamad Shahimi Hadzri mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana masih meneruskan memberi insentif berkenaan sejak diperkenalkan pada tahun 2013.

-ii-

Tinggalkan komen anda