Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sesi Dialog Bersama Pemimpin Medium Terbaik Suara Rakyat

By 18 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mawarni Ismail/ Azimee Abdullah (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Program Ramah Mesra & Sesi Dialog Pemimpin Bersama Penduduk Jalan Tengah anjuran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Bayan Baru dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jalan Tengah telah diadakan bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Jalan Tengah di sini.

Turut hadir pada program itu adalah Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin serta wakil-wakil dari agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta wakil dari Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak.

Sesi dialog

Sesi dialog

Pelbagai isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat antaranya mengenai isu mengecat semula 12 blok rumah pangsa, rumput dan pokok reput yang tidak diselenggara dengan baik, isu bumbung dan paip saluran kumbahan bocor, banyak tikus, ular, longkang tersumbat, kekurangan ruang meletak kenderaan serta lambakan warga asing.

Sebagai rekod, pada tahun 2018 Ahli Parlimen Bayan Baru dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan mengecat bangunan sebanyak RM120, 000.00 bagi menampung 10% dari kos keseluruhan penyelenggaraan yang dianggarkan sebanyak RM1.3 juta.

Di antara yang hadir

Di antara yang hadir

Wakil-wakil agensi kerajaan yang hadir juga turut menjawab semua persoalan yang berbangkit dan penduduk berpuas hati kerana dapat berdialog secara bersemuka mengenai permasalahan mereka.

Sim Tze Tzin dalam ucapannya menyatakan akan membiayai pembelian racun tikus bagi memastikan masalah tikus di sekitar kawasan tersebut dapat dibendung.

Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya turut hadir dan mengedarkan bahan-bahan penerbitan mengenai dasar- dasar kerajaan disamping memantau perjalanan program pada malam tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda