Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Seramai 636 Pengerusi MPKKP Kelantan Terima Watikah Perlantikan

By 23 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Robani Nabi Ahmad/Normah Sapa’in (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mengeluarkan 636 watikah pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Negeri Kelantan, pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata jumlah itu adalah perincian bilangan MPKKP dan pencalonan yang diterima manakala selebihnya sedang dalam proses melengkapkan borang cadangan lantikan.

“Antara sebab berlakunya kelewatan adalah disebabkan borang cadangan yang dikemukakan tidak menepati syarat yang ditetapkan,”

“Kementerian saya menyokong semua permohonan geran MPKKP yang dikemukakan, namun kelulusan akhir tertakluk kepada peruntukan yang tersedia berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat, selain kertas kerja tidak bermasalah,” katanya dalam ucapan Perasmian Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Kepada MPKKP Negeri Kelantan bertempat di Hotel Grand Riveriew, Kota Bharu.

Hajjah Norhasidah Jaafar,  mewakili Pengerusi MPKKP Wanita Parlimen Kubang Kerian

Hajjah Norhasidah Jaafar, mewakili Pengerusi MPKKP Wanita Parlimen Kubang Kerian

“Kelulusan geran MPKKP juga adalah tertakluk kepada jumlah yang dinyatakan dalam kertas kerja masing-masing. Peruntukan maksimum untuk sebuah MPKKP sebanyak RM10,000,” katanya lagi.

“Pelantikan itu akan melayakkan semua pengerusi MPKKP menerima elaun bulanan sebanyak RM500 dan RM300 kepada Setiausaha MPKKP berkuat kuasa Januari ini,”jelas Rina.

Pengerusi MPKKP Kubang Kerian, Norhasidah Jaafar, 55 berkata MPKKP yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat menambah baik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sedia ada ketika ini.

“Penyaluran maklumat, penjelasan dan merealisasikan dasar-dasar kerajaan hingga ke peringkat akar umbi dan menyalurkan kembali maklumat keperluan pembangunan masyarakat kampung kepada kerajaan,” katanya selaku ketua komuniti setempat.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengerusi KADA, Senator Datuk Haji Husam Musa, Penyelaras MPKKP Negeri Kelantan, Dato Sazmi Miah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan luar Bandar, Dato Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

-NAZ

Tinggalkan komen anda